Penyanyi Kaka Azraff menjadi artis Malaysia seterusnya yang muncul di papan iklan digital tersohor dunia Times Squares New York, Amerika Syarikat.

Merasakan hal tersebut sebagai sebuah mimpi, pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff menjelaskan impian untuk menghiasi papan iklan tersebut adalah yang diidamkannya selama ini.

“Saya rasa seperti bermimpi dapat menjadi sebahagian daripada program EQUAL oleh Spotify. Telah lama saya idamkan peluang sebegini kerana sering melihat wanita-wanita hebat dari Malaysia dipaparkan dan kini giliran saya pula,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelantun lagu Gila itu, dia mengharapkan dengan pemilihannya sebagai duta program tersebut mampu memberikan inpirasi kepada seluruh wanita di luar sana.

“Semoga dengan pemilihan saya dapat memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana untuk terus mengejar mimpi kerana kita (wanita) mampu menggoncangkan dunia,” tambahnya.

Berita gembira itu turut dikongsi Kaka di Instagram miliknya.

A post shared by K A (@kakaazraff)

Dalam pada itu, ruangan balas milik Kaka dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan kalangan pengikutnya.

Terdahulu, Kaka telah meluncurkan lagu terbaharunya berjudul Hilang yang kini boleh didapati di semua aplikasi penstriman atas talian seperti Youtube Music, Spotify, Apple Music, Joox dan banyak lagi. Anda juga boleh terus mendengar di sini.

Untuk rekod, antara penyanyi lain yang wajahnya pernah menghiasi papan iklan di bandar New York itu termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna Zarai, Aina Abdul, Aisha Retno dan beberapa lagi.

Sekadar info, EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang bertujuan memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita daripada seluruh dunia sebagai dutanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!