,
Laman Utama

[VIDEO] Salamiah Hassan Milik Hughes, Selepas 35 Tahun Kembali Menjadi Isteri & Bakal Menetap Di Australia

Awani
01/09/2022
09:47 MYT
Selepas lebih 35 tahun hidup bersendirian, penyanyi senior terkenal, Salamiah Hassan kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Gerry Hughes.
Salamiah, 71, dan Hughes, 68, disatukan sebagai suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Burnie, Tasmania, Australia hari ini.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Menghitung Hari dan Gelombang itu, dia dan Hughes mula mengenali antara satu sama lain sekitar 15 tahun lalu sebagai kenalan biasa.
Bagaimanapun, takdir mengubah segala-galanya apabila kedua-dua mereka sepakat untuk membawa hubungan persahabatan ke fasa yang lebih serius.
“Semuanya berlaku sangat pantas. Selepas berbincang dari hati ke hati serta mengambil kira pandangan seluruh ahli keluarga, kami memilih disatukan sebagai suami isteri.
“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya bersyukur Allah menemukan saya dengan seorang lelaki yang budiman selepas sekian lama saya bersendirian,” kata Salamiah kepada Astro AWANI ketika dihubungi melalui panggilan video sebentar tadi.
Memandangkan sudah bergelar isteri, Salamiah memberitahu, akan menetap di Australia bersama suaminya. Bagaimanapun, Malaysia, katanya, akan sentiasa kekal di hati.
“Saya sudah ada tanggungjawab baru di Australia, saya harus berada di sisi suami saya. Namun, Malaysia sentiasa kekal di hati, saya pasti akan berulang-alik antara Malaysia dan Australia,” kata Salamiah yang juga ibu kepada penyanyi terkenal, Atilia itu lagi.
Salamiah dah Hughes disatukan dalam majlis akan nikah yang dikendalikan oleh seorang jurunikah yang juga berasal dari Malaysia.
Menurut Salamiah, selama hidup bersendirian selepas berpisah dengan suami pertama, beliau tidak pernah terfikir akan kembali menjadi isteri orang.
Sebagai seorang wanita yang berdikari, Salamiah berkata, urusan jodoh dan pertemuan diserahkan kepada Allah termasuk bertemu Hughes yang berasal dari Liverpool tetapi kini menetap di Australia.
“Alhamdulillah, saya ditemukan dengan seorang lelaki yang baik. Yang penting anak-anak dan ahli keluarga saya menerima kehadirannya dengan baik. Begitu juga dengan keluarga Hughes juga sangat menyenangi saya.
“Saya berdoa kepada Allah agar segala urusan saya dan suami dipermudahkan,” ujar Salamiah lagi.
Selain Atilia, Salamiah juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Raja Ahmad Shah.
Sementara itu, Atilia turut berkongsi video secara virtual akad nikah ibunya di akaun Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Viral

Cut Intan Nabila ‘Tunggang’ Kes Kena Pukul?

gempak
28/08/2024
09:55 MYT
Kes keganasan rumah tangga membabitkan pempengaruh, Cut Intan Nabila menjadi sorotan ramai sehingga kisah dibelasah suami ketika masih dalam pantang itu tular ke luar negara.
Viral

‘Minta Maaf Gagal Laksana Tanggungjawab Saya Sebagai Suami’

gempak
27/08/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita yang mendakwa dirinya diculik pada Khamis lalu di Mersing, Johor tampil memohon maaf kepada orang ramai atas tindakan isterinya.
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.