Pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila menerima kejutan sebuah motosikal jenis skuter Vespa daripada teman lelakinya, aktor Dini Azan Schatzmann, 27.

Hadiah tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir yang disambut pada 1 Jun (semalam).

Menurut Janna, pada mulanya dia sudah berpesan pada Dini untuk tidak membelikan sebarang hadiah kerana mereka sudah merancang untuk membeli sebuah rumah.

"Hadiah birthday paling mahal adalah awak, Dini Schatzmann. Terima kasih kerana selalu menjadikan saya yang paling gembira!

"Terima kasih kerana sentiasa menyayangi saya. Saya janji akan bawa awak pergi jalan-jalan selepas PKP okey. Jadi terus pakai topi keledar. Sayang awak," tulisnya.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Menerusi Instagram Dini, dia berkongsi momen sepanjang persiapan yang terpaksa dilakukan awal sehari disebabkan pelaksanaan 'total lockdown'.

Di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut sama meninggalkan ucapan kepada Janna serta mendoakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Malah, ada segelintir yang menganggap Janna dan Dini sebagai pasangan paling romantis untuk tahun ini.

"@aaaaafieeeee: Dengan ini saya mengistiharkan bahawa ini adalah pasangan romantis tahun ini.

Sekadar makluman, Janna dan Dini mula menjalin hubungan percintaan sejak Jun 2019.