Laman Utama

[VIDEO] Sentuhan Terakhir Adibah Noor: Dubbing Suara Di Rumah, Komited Selesaikan Kerja Terakhir Untuk Hantu Raya Pergi Perang

gempak
Izwan Isa
08/07/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Sentuhan Terakhir Adibah Noor: Dubbing Suara Di Rumah, Komited Selesaikan Kerja Terakhir Untuk Hantu Raya Pergi Perang

Siapa sangka, pertemuan kru Hantu Raya Pergi Perang (HRPP) bersama Allahyarham Adibah Noor sekitar bulan Mei lalu merupakan pertemuan terakhir mereka sebagai sepasukan anak seni.

Menurut pengarahnya, Wan Hasliza Wan Zainuddin, tujuan mereka bertemu Adibah adalah untuk menyelesaikan proses rakaman suara (dubbing) bagi HRPP ketika arwah sedang bertarung dengan kanser, di kediaman pengurusnya.
Apa yang menyentuh perasaan adalah kegigihan dan kesungguhan arwah dalam menyelesaikan kerja, walaupun dirinya pada waktu itu tidaklah nampak sekuat atau segagah sebelumnya.
“Pada awalnya, kami diberitahu arwah yang dia akan dibedah bagi membuang ketumbuhan. Ketika itu, kami tidak tahu ketumbuhan itu adalah kanser. Jadi, disebabkan hal itu, kami terpaksa menulis semula skrip dan menggantikan watak arwah kepada body double.
“Pelakon itu memakai pakaian arwah dan tudung untuk watak Datuk Null. Kami kemudiannya menggunakan kamera angle seolah-olah ia dilakonkan oleh arwah. Jadi, selesai rakaman, tentulah kami perlukan suaranya untuk dimasukkan ke dalam setiap babak. Disebabkan itu kami berjumpa dengannya,” katanya Hasliza kepada Gempak.
Hasliza menambah, mereka mendapat tahu tentang Adibah menghidap kanser ketika pertemuan berkenaan.
“Selagi boleh dia tidak benarkan kami untuk kongsikan kepada orang ramai. Dia tidak suka susahkan orang. Dia merupakan seorang anak seni yang punya pesona yang besar. Itulah Adibah Noor.
“Ketika rakaman suara di rumah pun dia tetap memberikan yang terbaik, walaupun dalam keadaan tidak sihat. Tanpa diminta, dia buat tiga kali (dubbing) untuk pelbagai variasi tona suara… dan dialog pula bukannya pendek. Semua panjang. Dari situ, kita dapat lihat betapa komitednya arwah terhadap kerja,” katanya.
Menganggap ia sebagai sentuhan terakhir, Hasliza berkata, dia pasti sedih setiap kali mengenangkan arwah.
“Terutama apabila kami sedang menyunting klip arwah, memang perasaan sedih akan muncul. Apabila kami bercerita tentangnya juga perasaan sedih akan muncul. Seperti yang saya katakan, dia seorang anak seni berjiwa besar, tetapi bukan diva,” tutup Hasliza.

Selain Adibah Noor, HRPP turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak dan Azhar Sulaiman. Episod baharu Hantu Raya Pergi Perang pula disiarkan pada setiap Jumaat. Episod pertama PERCUMA, dan langgan serendah rm15.90 sebulan untuk episod seterusnya.
Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan kegemaran anda secara langsung dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih anda dan laman web www.sooka.my. Muat turun aplikasi sooka di Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih). Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tapa komitmen. Klik disini untuk terus menonton Hantu Raya Pergi Perang https://links.sooka.my/AP9W
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live