Sekilas
- Good Boys Go To Heaven episod 5 menunjukkan Yasser semakin obses dan bertindak ikut emosi dalam mencari pembunuh anaknya, Ahyan.
- Isteri Yasser, Dahlia, mula curiga dan menyiasat rahsia yang disembunyikan suaminya, yang boleh menggugat kepercayaannya.
- Episod ini juga mendedahkan realiti sebenar yang menimpa Yasser serta dua watak lain, Zayd dan Bahamin, sambil membawa penonton masuk ke minda Yasser yang semakin bercelaru.
Sedar tak sedar, siri premium Astro Shaw iaitu Good Boys Go To Heaven (GBGTH) sudah pun memasuki episod lima dan membuatkan penonton mula rasa tak senang duduk.
Bagi episod kelima ini, Yasser yang sebelum ini terkawal dilihat makin jauh tersasar dan obses dalam mencari pembunuh Ahyan.
Yasser dilihat mula bertindak ikut emosi tanpa banyak berfikir dan sampai ada ketika dia sendiri tak sedar akan kesan tindakannya terhadap orang sekeliling.
Keadaan itu membuatkan penonton mula terfikir adakah Yasser sebenarnya sedang memburu kebenaran atau dia sudah mula tenggelam dan hanyut dalam satu imaginasi yang diciptanya sendiri.
Perkembangan negatif itu membuatkan isterinya Dahlia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap Yasser.
Dahlia dilihat berasa curiga dan mula menyiasat apakah perkara sebenar yang disembunyikan Yasser. Melalui penyelidikan yang dibuat, Dahlia bukan sekadar menemui perkara pelik namun satu rahsia yang cukup untuk menghancurkan kepercayaannya selama ini.
Episod kelima ini juga membuatkan penonton mula tahu akan realiti sebenar yang bukan sahaja dihapai Yasser malah turut menimpa dua watak lain iaitu Zayd dan Bahamin.
Kesimpulannya, Episod 5 bukan sekadar satu sambungan cerita namun dia membawa penonton masuk ke minda Yasser yang semakin bercelaru.
Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.
Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.