Laman Utama
[VIDEO] “Tak Jerit Pun…”- Influencer Adira Dipuji Tenang Ketika Bersalin Anak Kedua
Influencer atau pempengaruh popular, Adira Salahudi mengimbau kenangan melahirkan anak keduanya sempena ulang tahun kelahiran pertama puterinya.
Adira memuat naik rakaman video di akaun Instagram miliknya ketika berada di dalam dewan bersalin kira-kira setahun yang lalu.
Menerusi video berkenaan Adira ditemani suami Ammar Azizan dengan tenang melalui proses bersalin.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Adira bersalin dengan mudah dan senyap.
“Mama Dira tak jerit pun smooth je Alhamdulilah,” komen salah seorang pengikutnya.
“Tenang je dia beranak, aku hari tu kecoh satu labour room. Tapi seronok, kenangan semua tu,” puji salah seorang netizen.
“Mama Dira macam tak keluar suara dah. Kita yang tahan nafas,” kata salah seorang warga maya.
Selain itu, suaminya Ammar juga dipuji kerana tetap memberi semangat kepada isterinya untuk berjuang melahirkan anak mereka.
“Comelnye tengok husband dia bagi semangat siap tepuk tangan. Mase husband dulu teman diam tak berkata sebab dia pon nervous nak tunggu baby,” kata salah seorang netizen.
Adira dan Ammar turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Must-Watch Video