Nama usahawan, Datuk Seri Aliff Shukri sekali lagi menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa tangannya tersentuh payudara seorang wanita.

Perkara itu dibangkitkan netizen selepas Aliff berkongsi satu video merakamkan dirinya bersama beberapa orang wanita yang ingin mengambil gambar bersamanya.

Bagaimanapun sewaktu Aliff bergambar sambil membuat tanda bagus, wanita yang berada di hadapannya tiba-tiba berpusing dan tangan usahawan itu dilihat seolah-olah terkena bahagian dadanya.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Situasi itu menyebabkan netizen terus membuat spekulasi mengenai hal tersebut.

Namun ada juga sebahagian pengikut Instagramnya meminta supaya netizen melihat kembali dengan teliti video tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mempertahankan dirinya dan menjelaskan bahawa Aliff telah mengalihkan tangannya secepat mungkin dari tersentuh bahagian dada wanita berkenaan.

“Tak sentuh pun lah! Tengoklah betul-betul. Korang ni matanya pun lah,” komen seorang wanita.

“Sekali tengok memang lain macam. Dua kali tengok datuk nak buat thumbs up je pun,” komen seorang lagi.

“Datuk pun taku terkena, cepat-cepat alihkan tangan dia,” tulis seorang lagi.

Sehingga kini, Aliff masih lagi belum memberikan respon kepada netizen mengenai video berkenaan.