Laman Utama

[VIDEO] “Tak Seksa Dia Pun Makan Macam Ni”- Farah Lee Makan Sotong Hidup & Masih Bergerak Di Korea, Netizen Persoal Hukum Hakam

gempak
Syafiqah Jalal
10/10/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Tak Seksa Dia Pun Makan Macam Ni”- Farah Lee Makan Sotong Hidup & Masih Bergerak Di Korea, Netizen Persoal Hukum Hakam
Niat pempengaruh Farah Lee, untuk berkongsi makanan terkenal di Korea Selatan akhirnya menjadi kecaman netizen apabila mempersoalkan hukum makan haiwan mentah.
Semuanya gara-gara Farah berkongsi bagaimana dia menikmati ‘sotong hidup’ yang masih bergerak serta dalam masa yang sama akui rasanya enak.
“Siapa pernah makan sotong hidup kat Korea? Sedap tau korang kena try! Dia rasa kenyal-kenyal pastu tentacles lekat kat halkum muahaha.
“Farah suka bawa kawan-kawan try ni. Dorang biasa cicah kochujang or garam. Jangan lupa try k kalau datang Korea! Tak Korea ah tak try,” katanya.
Bekas isteri pengacara Ally Iskandar itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia memuat naik rakaman video sewaktu menikmati sotong mentah itu di Korea Selatan.
Dalam kemas kini yang sama rata-rata mempersoalkan apakah hukumnya memakan haiwan mentah serta masih hidup.
“Makruh makan haiwan yang masih hidup,” komen salah seorang pengikutnya.
“Berlakulah ihsan kepada haiwan. Mereka pun makhluk Allah seperti kita,” pinta salah seorang netizen.
“Terbayang sotong-sotong tu menari-nari dalam perut,” kata salah seorang warga net.
Farah kemudian tidak mendiamkan diri malah dalam entri yang saya sempat menyunting kapsyen yang ditulis dengan menambahkan penjelasan mengenai makanan itu.
“Lahhh gaduh pulak pasal hukum hakam semua. Sotong tu bukanlah hidup yang hidup tu, sebelum dipotong dia dah dimatikan dulu.
“Yang bergerak-gerak tu is the nerve activity, yang membuatkan tentacles dia posthumously 'still hidup'. Jadi kita tak seksa dia pun makan macam ni,” jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024