Video Tali Leher, Aishah Beli Beras & Datuk AC Mizal Melentik? Jom Recap Apa Yang Trending Hari Ini!
13/01/2022 17:18 MYT
Buat anda yang terlepas pandang kisah dan berita ‘panas’ hari ini, kami imbas kembali antara topik yang menjadi perbualan di Astro Gempak!
Berikut merupakan lima berita paling trending 13 Januari!
#1 Semangat satu Malaysia! Itulah yang dibuktikan apabila tularnya satu video seorang lelaki Melayu yang membantu pemuda kaum Cina.
Video berkenaan tular selepas ia dimuat naik di platform YouTube milik seorang YouTuber, Leeroy Wong.
#2 Pengacara popular dan versatile, Datuk AC Mizal menjadi perhatian netizen selepas satu video yang merakamkan seorang individu mirip wajahnya tular.
Disebabkan itu juga, Ac menerusi akaun Instagramnya memberikan respon lucu dan mencuit hati netizen.
#3 Pengacara My Doctor, Dr Say Shazril mengambil inisiatif untuk membuat pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Dr Say, walaupun tiada sejarah keluarga mempunyai penyakit itu namun dia lebih gemar mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir risiko terkena serangan jantung disebabkan kolestrol tinggi.
BACA: “Saya Ada Masalah Kolestrol Agak Tinggi” - Risau Risiko Serangan Jantung, Dr Say Ke IJN
#4 Penyanyi popular, Aishah mendedahkan menerima DM (direct message) di akaun laman sosial Instagram (IG) selepas mengeluarkan kenyataan “seumur hidup I lah isteri yang membeli beras”.
Luahan tersebut dibuat Aishah ketika memuat naik hantaran sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Bagaimanapun luahan tersebut menyebabkan segelintir warganet marah dan tidak berpuas hati.
BACA: Kenyataan “Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Membeli Beras”, Ada Yang DM Maki Hamun Aishah
5.Penyanyi Lan Solo mengakui menerima banyak komen daripada warganet yang menegurnya kerana memegang tangan wanita lain di dalam muzik video (MV) 5 Kaki 4 Inci.
Wanita yang ditampilkan dalam MV tersebut merupakan Ratu Cantik Kota Kinabalu 2017 (Unduk Ngadau 2017), Kerinah Mah.