Laman Utama
[VIDEO] Tutup Kes! Shuk Sahar & Brader Serang Gerai Air Pilih Berdamai - "Jadi Benda Ini Selesai Lah Ye"
Bekas penyampai radio Shuk Sahar, 35, menyatakan dirinya sudah bertemu dengan pemuda yang menyerang di gerai minumannya di Wangsa Maju, baru-baru ini.
Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata mereka sepakat untuk tidak memanjangkan isu lalu berdamai.
"Jadi korang saya dah berjumpa dengan brader (pemuda) nilah yang datang masa saya berniaga air tu.
"Apa yang kitorang nak beritahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai," katanya.
Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, semalam.
Tambah suami kepada Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia juga mengambil keputusan untuk memadam video yang telah membuka aib pemuda itu.
"Saya ambil keputusan untuk turun (padam) video itu. Jadi benda ini selesai lah ye," katanya lagi.
Sementara itu, pemuda berkenaan turut memohon kepada Shuk kerana sudah melakukan provokasi.
"Saya nak minta maaf pada Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap.
"Sebagai orang yang dewasa, saya minta maaf sangat," katanya.
Terdahulu, Shuk telah memuatnaik sepotong video gerai minumannya diserang seorang pemuda tidak dikenali ketika sedang berniaga di Wangsa Maju.
Pemuda tersebut juga bertindak agresif dengan menterbalikkan meja yang menempatkan dua tong air sehingga dia terpaksa menghentikan jualan.
Must-Watch Video