Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee pernah melalui jalan yang sukar sewaktu ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Sejak usia remaja, penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah itu kerap menyertai pelbagai ujibakat pertandingan nyanyian.

Antara program nyanyian yang disertai oleh Andi termasuklah Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan juga Big Stage.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Nama Andi masih kurang panas. Namun, siapa sangka, berkat kesungguhannya yang tidak mengenal putus asa, tuah Andi dalam bidang seni mula menunjukkan sinar apabila namanya mula dikenali selepas dia menerbitkan lagu berjudul Donde.

Sejak itu, kelibatnya dalam industri semakin diberi perhatian manakala karier seninya juga semakin cemerlang.

Bercakap mengenai penyertaannya dalam beberapa pertandingan nyanyian, baru-baru ini, klip ujibakat Andi sewaktu menyertai pertandingan One In A Million kembali dikongsikan oleh wargamaya menerusi aplikasi Tiktok.
@syafinazselamat.fans

Reply to @seketulasyiqin ##datuksyafinaz ##datuksyafinazselamat ##syafinazselamat ##fyp ##foryourpage ##persissalju ##andibernadee ##oiam ##oneinamillion

♬ original sound - Datuk Syafinaz Selamat FANS

Menerusi proses ujibakat berkenaan, Andi menyanyikan lagu It Might Be You yang pernah dipopularkan oleh Stephen Bishop.

Menariknya, meninjau ruangan komen, pelbagai komen lucu ditinggalkan oleh pengguna aplikasi berkenaan.

“Muka Andi macam dalam Doraemon tu,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Suneo in real life,” respons seorang lagi pengguna platform berkenaan.

Bagaimanapun, tidak semua komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial menyentuh berkenaan wajah Andi yang menyerupai Suneo.

Ada juga yang memuji ketabahan Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile itu dalam menanam tekad untuk terus berjaya sebagai penyanyi seperti hari ini.

Terdahulu, hal mengenai kemiripan wajah Andi dan watak Suneo pernah dibincangkan menerusi dalam rancangan Extra Lawak.