Pelakon, Wawa Zainal bersyukur apabila dapat membelikan sebuah rumah buat kedua ibu bapanya.

Menurut Wawa, pada mulanya dia ingin membeli rumah dua tingkat namun membatalkan hasratnya selepas memikirkan keadaan kedua ibu bapanya yang semakin meningkat usia.

“Lama pujuk mak duduk semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa ambil keputusan belikan rumah untuk mak dan bapak.

“Mula-mula nak beli dua tingkat tapi bila fikir-fikir duduk berdua dan sudah berusia untuk naik turun.

“Jadi Wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama telan air liur juga lah. Fikir macam mana nak bagi lawa balik,” kongsinya menerusi hantaran terbaru di Instagram.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Dalam hantaran yang sama, Wawa juga turut menyatakan rasa sayang kepada kedua ibu bapanya walaupun tidak membesar bersama mereka.

“Kepada mak ku sayang yang lahirkan Wawa di dunia. Walaupun Wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu Wawa sayang mak dengan bapak dunia akhirat,” coretnya.

Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 3 dan

Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November 2021.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.