Majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat telah berlangsung semalam dengan menyaksikan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengetua majlis berkenaan.

Giliran majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, yang didahului barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

Seramai 222 Ahli Parlimen dipilih bagi mewakili 222 kawasan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 19 November lalu.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya ketika sesi mengangkat sumpah tersebut adalah Ahli Parlimen Bentong, Yang Berhormat Young Syefura Othman.

Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata wargamaya memuji kecantikan Young Syefura atau lebih senang disapa YB Rara.

Pada video berkenaan, YB Rara yang manis mengenakan pakaian serba merah jambu dan bertudung bawal sedang membacakan ikrar angkat sumpah.

@sayaygbekerja #parlimenmalaysia #kerajaanYDPA #ybrara ♬ original sound - Berkhidmat untuk Rakyat

Menjengah ke ruangan balas, kebayakkan warganet memuji kecantikan beliau selain mendoakannya dapat menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaik mungkin.

“YB paling cantik dalam Malaysia, semoga YB Rara dapat menjalankan amanah dengan baik,” kata seorang wargamaya.

“Aduh, ini YB ke pramugari ni,” komen seorang warganet.

“YB yang cantik dalam parlimen, teruskan perjuangan untuk menjaga rakyat,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, YB Rara yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liow Tiong Lai.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.