Laman Utama

[VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000

gempak
Izwan Isa
03/07/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Zarina Anjoulie mendedahkan kepada pengikutnya di Instagram proses memasukkan sebiji ‘belon’ ke dalam perut yang dikatakan mampu untuk menurunkan berat badan dalam masa beberapa bulan.
“Salam and good morning. Sorry baru today Anju larat nak edit-edit dan post. Inilah prosedur instagastric balloon. Kena puasa sehari sebelum the balloon boleh either telan or guna wire masukkan jolok sampai masuk perut.
“Proses kena cepat sebab belon tu dalam pil sayuran (vege pill) kalau lambar akan hancur. Apabila dah sampai perut kemudian x-ray tengok betul ke tidak positionnya. Kemudian mula masukkan air,” katanya.
Tambah Anju, proses x-ray akan dilakukan sekali lagi untuk memastikan kedudukan belon selepas dimasukkan air berada di lokasi yang betul.
“Kemudian rehat dalam wad. Akan rasa nak muntah selama empat hari, cramps dan tak selesa. Doktor akan kasi ubat. Tapi serious dari hari saya puasa sehingga hari ke 3 tak lapar langsung.
“Kos untuk buat RM16,000 hingga RM18,000 bergantung kamu nak buat dekat hospital mana,” katanya lagi.
Untuk rekod, pakar batriatrik Datuk Dr Nik Ritza Kosai Nik Mahmood memberitahu intragastric balloon mampu menyebabkan pemakainya berasa kenyang dan sekaligus mengurangkan berat badan.
Tambahnya lagi, belon berkenaan akan berada dalam perut selama sekitar empat bulan dan akan kempis sendiri apabila tiba masanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live