Laman Utama

[VIDEO]“Tak Pernah Tinggi Suara Dan…”- Rai Anniversary Ke-19, Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang

gempak
Syafiqah Jalal
05/08/2022
03:24 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Tak Pernah Tinggi Suara Dan…”- Rai Anniversary Ke-19, Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang
Aktor Datuk Aaron Aziz, 46, menyambut ulang tahun perkahwinan ke-19 bersama isteri tersayang Datin Diyana Halik baru-baru ini.
Sempena ulang tahun itu, Aaron Aziz menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik satu kemas kini untuk menyatakan rasa syukur apabila dikurniakan seorang isteri dan ibu yang penyayang dan lemah lembut.
“Alhamdulillah segala puji bagi Mu ya Allah apabila jodohkan saya hamba mu bernama Diyana Halik iaitu isteri dan ibu yang sangat penyayang dan lemah lembut.
“Tak pernah selama 19 tahun sebagai isteri dia tinggi suara atau keluar kata- kata kesat,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu pelakon Adam & Hawa itu memuat naik gambar mereka berdua dan bersama 3 orang anak selama perkahwinannya.
Tambah anak kelahiran Singapura itu lagi dia tidak tahu bagaimana hidupnya jika tanpa Diyana.
“Thank you Dar (panggilan untuk isterinya) for loving me. Don’t know what I’ll be if Allah hadn’t sent you to me.
“Please forgive my ugly edit untuk cover aurat isteri saya… Happy 19th Anniversary sayang. Love you always and forever…,” katanya lagi.
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki Danish Anaqi, 18, dua anak perempuan iaitu Dwi Ariana, 16 dan Dahlia Arissa, 12.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live