Laman Utama

[VIDEO]“Tak Rindu Ke Makan B*bi?”- Daphne Iking Dedah Kenapa Dari Sebelum Masuk Islam Tak Makan Daging Khinzir

gempak
Syafiqah Jalal
08/09/2022
04:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Tak Rindu Ke Makan B*bi?”- Daphne Iking Dedah Kenapa Dari Sebelum Masuk Islam Tak Makan Daging Khinzir
Pelakon Daphne Iking mendedahkan dari sejak sebelum memeluk Islam lagi dia tidak menggemari untuk menikmati daging khinzir.
Namun sehingga kini, Daphne berkata masih lagi ada yang bertanya adakah dia tidak merindui untuk makan daging yang diharamkan oleh Islam itu.
“Ada juga yang tanya tak rindu ke makan b*bi ke? Saya jawab tidak sebab saya memang tak suka makan b*bi.
“Tapi sebenarnya sebab utama saya tak makan (daging khinzir) adalah kami (keluarga) ada big farm yang membela haiwan ternakan termasuk b*bi.
“Kami bagi b*bi itu minum dan makan hampir setiap hari,” ceritanya.
Daphne berkongsi sebahagian vlog yang bagi kandungan YouTube miliknya di Instagram suaminya @joelebosi
Menerusi entri itu dia dilihat bermesra dengan haiwan peliharaan termasuk membelai dan memberi minum susu kepada dua ekor khinzir.
Sementara itu suaminya menerusi kapsyen memberitahu isterinya seorang pencinta haiwan.
Malah Joe juga memberitahu dia terkejut pada mulanya Daphne suka akan haiwan seperti khinzir dan anjing.
“Daphne seorang yang cinta kepada haiwan...atau mana-mana makhluk Tuhan,...dan pada mulanya saya terkejut dengan kecintaannya terhadap babi dan anjing di kampung, kerana dia memberi mereka penghormatan seperti bagaimana semua hidupan harus dihormati.
“Bagi saya, sebagai seorang Muslim Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka, menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor dan saya rasa itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita!!,” tegasnya.
Kata Joe lagi, sepatutnya haiwan seperti anjing dan khinzir juga perlu disayangi bukan dikeji.
“Haiwan ini telah dicipta oleh Tuhan yang sama yang mencipta manusia dan semua makhluk hidup dan mereka mesti berada di sini untuk satu tujuan...dan pastinya bukan dengan tujuan untuk kita menendang mereka atau mengejek mereka, seperti yang saya lihat berkali-kali dalam akhbar.
“My philosophy is simple, kalau rasa kotor, cucilah je tangan!! habis cerita...bila time covid pandai pakai disinfectant kan?? so kalau sudah pegang itu b*bi, samak je lah!!!” luahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live