,
Laman Utama

Viral Aksi Bomoh Hujan Di MotoGP Mandalika, Pawang Dakwa Bukan Ilmu Hitam, Tapi Ini 3 Ritual Yang Dilakukan; Mandi 7 Mata Air

Maliah Surip
22/03/2022
00:46 MYT
Sejak kelmarin media sosial ‘dihujani’ dengan aksi seorang wanita yang didakwa sebagai bomoh hujan sedang melakukan ritual tolak hujan di litar Mandalika, Lombok, Indonesia.
Menerusi video dan beberapa keping gambar yang tersebar, bomoh wanita yang dikenali sebagai Raden Istiati Wulandari sedang leka melakukan ritual ketika hujan lebat menjelang mula perlumbaan MotoGP Mandalika.
Pihak penyelenggara kemudian mendakwa inisiatif mereka menggunakan khidmat bomoh tersebut menghentikan hujan berhasil apabila hujan berhenti, mesti waktu perlumbaan yang sepatutnya bermula pukul 2 waktu tempatan dianjak pukul 3 petang.
Menurut CNNIndonesia, memanggil bomoh hujan adalah perkara biasa yang dilakukan penganjur sama ada untuk acara pernikahan hingga konsert.
Meski demikian, setiap bomoh hujan memiliki ritual masing-masing agar hujan tidak turun. Ada yang harus puasa beberapa hari, berdiam di masjid, hingga membaca doa-doa tertentu.
Berikut antara ritual yang biasanya dilakukan bomoh hujan;
1. Zikir Tiga Jam dan Berdiam di Masjid
Salah seorang bomoh hujan, Eko, menceritakan kepada CNNIndonesia beberapa bahwa dia memerlukan waktu seminggu untuk menangkal hujan.
Dia perlu salat tahajud sebelum acara. Saat hari acara berlangsung, Eko juga harus zikir selama tiga jam.
Eko biasanya berzikir di dekat sumber air di lokasi acara. Setelah itu, dia akan berdiam di masjid terdekat.
Berdoa Secara Intensif Bomoh hujan lainnya, Arifin mengaku memiliki ritual yang sedikit berbeza.
Dia biasanya berdoa secara intensif di lokasi acara. Jika tidak dapat ke lokasi, biasanya dia berdoa di dalam kenderaan atau masjid.
Arifin menegaskan, ritual yang biasa dilakukannya dalam 'merayu' hujan agar tak turun, tidak berkaitan dengan ilmu hitam.
Dakwa Arifin lagi, ritual yang dia lakukan tidak menggunakan baan seperti bawang putih dan cili, atau mitos melemparkan pakaian seperti yang dipercaya banyak orang. Dia mendakwa ritual yang dilakukan sepenuhnya sesuai syariat Islam.
2. Puasa
Sementara itu bagi bomoh hujan lainnya juga mengaku punya cara lain dalam menangkal hujan iaitu puasa mutih mundur.
Jenis puasa tersebut hanya memperbolehkan bomoh hujan hanya mengambil nasi putih dan air putih.
Puasa biasanya dilakukan tiga hari tiga malam dengan buka puasa hari pertama hanya dengan tiga suap nasi dan tiga tegukan air.
Hari kedua dengan dua suap nasi dan dua tegukan air. Hingga hari terakhir hanya dengan satu senduk nasi dan satu tegukan air.
3. Mandi Tujuh Sumber Mata Air
Cara lain yang dilakukan bomoh hujan adalah dengan mandi dari tujuh sumber mata air. Mandi hanya boleh dilakukan saat matahari terbenam hingga kembali terbit pada keesokan harinya.
Selama proses tersebut, bomoh hujan juga tak boleh tidur di bawah atap. Mereka harus tidur di tempat yang terbuka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Unitar