Laman Utama

Viral Pengasas Produk Dera Budak 3 Tahun Dengan Batang Penyapu? Instafamous Buat Laporan Polis

gempak
Amri Hassan
22/07/2022
03:25 MYT
Sponsor Banner
Viral Pengasas Produk Dera Budak 3 Tahun Dengan Batang Penyapu? Instafamous Buat Laporan Polis
Sepotong rakaman klip seorang wanita berambut merah jambu sedang memarahi dan memukul budak tular di media sosial sejak awal pagi Jumaat.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok dan Instagram seorang pempengaruh, wanita itu kelihatan memukul kanak-kanak malang itu menggunakan sebatang penyapu.
Kanak-kanak yang sedang menangis sambil dipaksa makan itu turut dipukul berkali-kali di bahagian muka.
Aksi wanita yang sedang memukul kanak-kanak berkenaan turut disaksikan seorang lagi wanita yang duduk di meja makan.
"Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil," demikian tulis seorang pempengaruh menerusi video yang dimuatnaik di Instagramnya bersama tanda pagar #justiceforalia.
Pempengaruh terbabit turut memaklumkan video itu telah dirakamkannya sendiri sebagai bahan bukti untuk laporan polis.
"I yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti report polis, Alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.
"I akan jelaskan lebih terperinci lepas semua reda sebab sekarang I dekat balai dan masuk dalam siasatan. I harap sokongan dan kalian berdoa untuk kami," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Sehingga artikel ini ditulis, Gempak masih cuba mendapatkan maklum balas daripada Aqil.
Sementara itu, menerusi video lain yang tular di TikTok, pengguna yang memuatnaik hantaran berkenaan turut berkongsi keadaan terkini Alia yang cedera dipukul di beberapa anggota badan.
Malah, laporan polis turut dibuat yang diwakili oleh AJK Pemuda UMNO Hulu Langat lewat malam Khamis.
"Tujuan laporan ini dibuat bagi meminta pihak polis bertindak dan membuat siasatan daripada segi undang-undang terhadap penderaan budak perempuan berusia tiga tahun.
"Dengan ini kami akan berkongsi perkembangan lanjut, kes ini sangat baru, berlaku petang semalam. Kami akan meneliti kes ini dalam masa ke semasa.
"Kami akan bertindak sekali untuk membantu beberapa mangsa yang ada bersama kami ketika ini," maklumnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live