Laman Utama
Viral Pula Menari Dengan Anjing, Baby Shima; "Apa Saya Buat Semua Tak Kena, Suka Hati Koranglah!"
Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dangdut Baby Shima sering meniti di bibir netizen. Hal ini kerana, ada sahaja perkara-perkara yang dikongsikan di media sosial menarik perhatian netizen untuk dibicarakan.
Terbaharu, Baby Shima sekali lagi mengundang kritikan netizen apabila dia memuat naik sepotong video yang memperlihatkan dia menari dengan seekor anjing.
Situasi tersebut menyebabkan ramai yang beranggapan Baby Shima sengaja mencari hal untuk dibualkan dan seterusnya melabelkan penyanyi itu sebagai seorang yang lapar perhatian.
Bercakap dengan HLive, Baby Shima berkata, dia sedar yang ada beberapa videonya dikecam, termasuk video memberi monyet dan anjing jalanan makan tempoh hari.
Begitupun, Baby Shima sendiri tidak faham mengapakah ramai yang menghentam dirinya sedangkan dia tidak membuat sebarang kesalahan.
“Dua-dua video tu orang kecam. Bagi makan anjing pun orang kecam. Bukan ke anjing tu pun lapar juga? Bukan ke kita kena bagi makan pada haiwan-haiwan semua? Bukan kita je kelaparan, haiwan pun lapar. Tak salah pun… tak salah nak sayang haiwan.
“Dalam video satu lagi takda pun saya peluk cium anjing. Saya menari je. Apa yang saya buat semua tak kena. Suka hati koranglah.
“Saya tak tahu nak kata apa dah. Bagi makan kat anjing salah, bagi makan kat monyet pun salah. Suka hatilah, yang penting korang bahagia,” katanya.
Must-Watch Video