Pelakon dan usahawan Tya Arifin berasa terharu apabila jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan sudi berkongsi nasihat berkaitan dunia perniagaan.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya yang memaparkan perbualan bersama jutawan disegani ramai itu.

"Semalam ceritanya, saya mahu minta nasihat daripada seorang billionaire di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. Sebelum bagi nasihat, beliau bertanya apa yang saya buat, jadi saya kongsi tentang Mutyara (perniagaan yang diusahakan Tya) dan Usahawan Mutyara.

"Tan Sri tanya, ada berapa usahawan sudah?

"30,000 Usahawan Mutyara setakat hari ini," saya jawab.

"Tan Sri terus kata, "Wah ini boleh lebih macam kita nanti".

"Masya-Allah, gugur jantung karna terlalu excited, segan dan tersipu malu. Saya aminkan semoga Allah izinkan," kongsi isteri Asyraf Khalid itu.

Justeru, dua nasihat Vincent Tan yang akan dipegang Tya adalah kegigihan yang berterusan (persistence) dan tidak pernah berputus asa.

"Kunci Kejayaan adalah 'Persistence dan Never Give Up'.

"Itu yang beliau terapkan dalam hidupnya, selama 7 tahun beliau email McDonalds untuk bawa ke Malaysia secara persistence, dan Tan Sri berjaya bawa masuk McDonalds, bahkan Starbucks dan brand2 lainnya.

"Ya, beliau adalah salah seorang successful person yang saya pandang tinggi," coretnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan kejayaan buat Tya.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)



Difahamkan, Tya bertemu Vincent Tan ketika majlis makan malam meraikan ulang tahun kelahiran ibu mentua tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kediaman mereka semalam.