,
Hiburan

“Wahai Anak Ibu Tak Minta Lebih Cuma Mahu Kamu Selamat Dan Sihat”- Isteri Tauke

Mya Amri
25/10/2018
02:57 MYT
Coretan isteri pelawak Tauke, Nadia Mohd Affandi untuk anak yang bakal dilahirkan membuatkan netizen sebak.
Menerusi entri terbaru yang dikongsi Nadia di laman Instagram miliknya, isteri kepada pelawak itu memuat naik rakaman video ketika imbasan bayi sedang dilakukan.
Menurut Nadia, tidak ada apa yang dipinta oleh seorang ibu melainkan anaknya lahir ke dunia dengan sihat.
“Wahai anak… Dengarlah coretan ibumu ini… Moga menjadi bekalan esok-esok bila ibu sudah tiada.
“Pengalaman ibu mangandungkan kamu cukup bermakna… Setiap tendanganmu menjadi inspirasi ibu kuatkan semangat menempuh hari-hari untuk bertemu denganmu… Susah, senang, sakit ibu akan sentiasa bersama dan menyayangimu sampai ibu menutup mata. “Ingatlah wahai anak jadilah anak yang soleh /solehah… Jangan alpa dengan duniawi semata-mata. Hormatlah pada orang tuamu jadilah orang yang berguna.
“Ingatlah pengorbanan ibumu yang mengandungkan kamu selama 9 bulan dengan berbagai-bagai rintangan cubaan semasa kamu di dalam rahimku.
BACA: “Walaupun Ada Sedikit Masalah, Mummy Doakan Awak Sihat Sayang”- Isteri Tauke
“Ibu tak meminta lebih darimu sayang… Cuma ibu mahu kamu selamat dan sihat membesar walau apa-apa pun yang berlaku… Berjanjilah untukku wahai anakku... Amin… Yang ikhlas Ibumu, Nadia binti Mohd Affandi,” tulisnya.
Rata-rata pengikut Instagram Nadia turut berkongsi rasa sebak selepas membaca luahan hati itu dan mendoakan agar segala urusan bersalin dipermudahkan.
Terdahulu, Tauke dan Nadia telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015 dan berkahwin pada 9 Disember 2017.
Foto:Instagram @nadiayaya6
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.