Laman Utama
Wajah Terlalu Cantik, Isteri Ustaz Abdul Somad Tampil Berniqab
Isteri pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad (UAS) iaitu Fatimah Az Zahra mencuri tumpuan apabila tampil dengan imej berniqab baru-baru ini.
Penampilan baharunya itu dikongsi sendiri oleh wanita yang berusia 19 tahun itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, wanita yang mendapat pendidikan dari sebuah sekolah tahfiz di Jawa Timur itu mengenakan jubah panjang berwarna hijau tua serta berniqab hitam.
Manakala Ustaz Abdul Somad yang berusia 44 tahun tidak lupa merangkul isterinya yang baru dinikahi seminggu lalu, sambil tersenyum mesra.
Memetik laporan Tribun News, imej itu dikenakan kerana sewaktu bernikah, wanita itu memakai busana gaun dan menampakkan wajahnya yang disifatkan terlalu cantik.
Teruja dengan penampilan baru Fatimah, warganet memenuhi ruangan komen dengan mendoakan pasangan tersebut agar kekal bahagia hingga ke syurga.
Pasangan itu selamat melangsungkan pernikahan di kediaman pengantin perempuan di Jombang, Jawa Timur pada 28 April lalu.
Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercerai pada 3 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah.
Must-Watch Video