Berita
"Waktu Saya Suka Dia, Tapi Dia Tak Suka Saya" - Betty Rahmad Dedah Pernah Kena Reject Dengan Suami, Tapi Akhirnya...
Pelakon Betty Rahmad mendedahkan bahawa suaminya, Ardy Damis pernah menolak cintanya sebelum mereka berkahwin.
Betty, 38, menjelaskan ketika itu, Ardy mendakwa dia belum bersedia untuk mempunyai sebarang komitmen dalam perhubungan.
"Waktu saya dah mula suka dia, tapi dia tak suka saya. Walhal mula-mula dialah yang suka dulu, tiba-tiba dia kata dia tak bersedia pulak.
"Berani dia reject cinta saya, masa tu geram. Dia nak status kawan sahaja, tetapi selalu nak jumpa saya, pergi mana-mana pun sibuk ajak saya, nak berkepit dengan saya, nak lepak dengan saya," ceritanya.
Betty berkongsi pengalamannya bercinta itu menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram TV miliknya.
Kongsinya lagi, disebabkan perangai Ardy itu, mereka kemudian cuba membuat haluan masing-masing.
"Sehinggalah, saya ke Paris, lepas tu dia hantar mesej beritahu 'Betty, saya baru sedar yang saya perlukan kamu dalam hidup saya" kongsi adik kepada penerbit Erma Fatima itu.
Bahkan, kata Betty, sepanjang perkenalan, dia mengakui sering bergaduh dengan Ardy.
"Tak tahulah beratus kali kami bergaduh. Tapi setiap kali itu jugalah dia yang pujuk saya. Saya pula jenis kalau gaduh je nak putus.
"Tapi, disebabkan kesabarannya itu jugalah, saya jadi sayang kat dia. Kalaulah saya tahu kamu seorang lelaki yang istimewa, dari dulu saya dah kahwin," ceritanya.
Perkongsian video itu dibuat ketika mereka dalam perjalanan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kedua mereka yang disambut semalam.
"Selamat ulang tahun perkahwinan ke-2! Dah dua tahun rupanya saya tengok muka kamu hari-hari. Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik di dunia. Love you suamiku! @ardydamis," tulisnya dalam satu entri berasingan.
Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira yang kini berusia setahun.
Must-Watch Video