BERITA
Walaupun Berpisah, Khloe Kardashian Puji Komitmen Bekas Kekasih Terhadap Anak
Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Khloe Kardashian memuji sikap bekas teman lelakinya, Tristan Thompson kerana menjalankan tanggungjawab terhadap anak mereka, True Thompson.
Memetik laporan Hollywood Life, Khloe tidak akan meletakkan jurang antara dia dan Tristan untuk anaknya itu meskipun mereka telah berpisah.
"He is a good dad to her, my sweet and special baby True will never be put in the middle of him and I, I can promise that," jelas Khloe.
Baru-baru ini, Khloe memutuskan untuk berpisah dengan Tristan selepas bekas teman lelakinya itu berlaku curang beberapa kali terhadapnya.
Tristan merupakan seorang pemain bola keranjang yang berasal dari Kanada, hubungannya bersama bintang Keeping Up With The Kardashians itu bermula pada tahun 2016 dan kini telah sampai ke titik noktah.
Sumber : Hollywood Life
Must-Watch Video