Laman Utama

“Walaupun Saya Lagi Tua Darinya”- Berkenalan Hanya 2 Bulan, Zizi Kirana Terpikat Dengan Kematangan Yusuf Bahrin

gempak
Syafiqah Jalal
19/09/2021
08:42 MYT
Sponsor Banner
“Walaupun Saya Lagi Tua Darinya”- Berkenalan Hanya 2 Bulan, Zizi Kirana Terpikat Dengan Kematangan Yusuf Bahrin
Penyanyi Zizi Kirana mengakui tertarik dan menyenangi sikap suaminya, Yusuf Bahrin, 29, yang sopan santun dan matang.
Zizi, 36, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata, suaminya juga tidak menjadikan perbezaan umur tujuh tahun antara mereka sebagai isu utama.
"Kami hanya berkenalan selama dua bulan dan alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tarikh 29 Ogos lalu kami bertunang secara virtual.
“Saya senang dengan Yusuf kerana dia lelaki yang sopan dan matang berbanding usianya.
"Yusuf menerima saya seadanya walaupun saya lebih tua daripada dia. Saya tak rasa kekok dan janggal dengan Yusuf biarpun dia lebih muda. Lagipun saya kan suka lelaki yang lebih muda, saya suka 'anak ikan'," seloroh Zizi.
Pasangan selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, di sini pada jam 10.40 pagi, hari ini.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Pada majlis itu, Zizi juga penyanyi lagu Eh! menerima mas kahwin RM300, cincin, gelang tangan dan senaskhah al-Quran.
Berkongsi mengenai perancangan cahaya mata, Yusuf menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.
"Soal anak, kami tak meletakkan sebarang sasaran. Kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima. Kami serahkan kepada Allah saja.
"Sejujurnya, saya merancang nak kahwin pada usia 35 tahun apabila sudah ada rumah sendiri dan bisnes. Tetapi ini adalah aturan Allah, hati saya digerakkan untuk berkahwin pada usia sekarang. Kalau ikut karakter pun, saya yang nampak lebih tua berbanding Zizi.
"Jodoh sudah tertulis jadi umur tidak penting. Apa yang penting adalah hati yang ikhlas dan jujur. Saya suka perwatakan Zizi yang sangat bersahaja. Perkara itu membuatkan saya terpikat. Zizi juga seorang yang baik hati dan menghormati orang tua.
"Cara dia cakap dengan saya pun sangat lembut. Tapi, bila cakap dengan kawan-kawan, caranya macam gangster pula," katanya.
Bercakap soal bulan madu, Zizi berkata belum merancang untuk bercuti. Bagaimanapun, mereka merancang untuk menunaikan umrah.
"Insya Allah, impian untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah apabila sempadan antarabangsa dibuka kelak," katanya.
Zizi dilihat anggun mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.
"Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar. Kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah. Semuanya dilakukan saat-saat akhir. Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan. Doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.
"Insya-Allah, kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024