Laman Utama

Wanita Berpantang Tak Boleh Minum Ais? Fakta Atau Mitos?

gempak
Amri Hassan
21/10/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Wanita Berpantang Tak Boleh Minum Ais? Fakta Atau Mitos?
Berpantang selepas beranak ini cukup sinonim dengan masyarakat Melayu sejak zaman nenek moyang lagi.
Selepas bersalin, ibu disarankan untuk menjaga pantang larang selama 44 dan 100 hari supaya tubuh badan kembali pulih seperti biasa.
Namun sedar atau tidak, ada antara petua atau pantang larang yang sebenarnya sekadar mitos yang tidak benar.
#FoodiesLife kongsikan beberapa mitos popular sekiranya minum air berais:
#1 Jangan minum ais, nanti rahim kembang
#2 Ais batu boleh menyebabkan perut buncit
#3 Ais punca faraj jadi longgar
#4 Kemaluan becak sebab minum ais
#5 Ais buatkan muka jadi cepat tua
Setakat ini, menurut pengamal perubatan, tiada bukti kajian saintifik dalam bidang perubatan yang menunjukkan ais menjadi punca utama lantas menepis semua dakwaan terbabit.
Ibu yang menyusu disarankan minum air yang mencukupi iaitu di antara 10-12 gelas sehari. Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan kita cepat dahaga dan ramai yang memilih air sejuk untuk menghilangkan dahaga berbanding air panas.
Kandungan air dalam badan sangat penting apatah lagi untuk ibu yang menyusu kerana air diperlukan untuk proses penghasilan susu yang mencukupi.
Dalam aspek ini, amalan minum air sejuk tidak membahayakan berbanding risiko kekurangan air terhadap ibu dan bayi.
Kesimpulannya, para ibu masih boleh mengambil minuman berais ketika berpantang cuma perlu berpada-pada.
Sumber Foto: Google
***
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resepi sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live