Seorang wanita membongkar sikap buruk pembantu rumah yang disifatkan seperti dajal.

Wanita bernama Hanani Ahmad meluahkan rasa geram menerusi laman Facebook miliknya.

"Kalau bulan lepas kecoh kisah Datuk Aliff Syukri dengan bibik penyangak.

Kalau kelmarin gempar 1 Malaya kisah Fynn Jamal dan bibik kaki drama,

Hah, hari ni meh aku gemparkan lagi 1 kisah. Kisah Hanani Ahmad dan bibik Dajal.

Minggu lepas cukup sebulan dia kerja dengan kami. Masa nak ambik kerja, dia bagi tau kami dah berkahwin 2 kali.

Suami pertama mati kena tembak, ada anak seorang perempuan, suami kedua bisu ada anak 2 orang lelaki dijaga oleh saudara mara di Indonesia.

Sudah 2 tahun tak jumpa katanya rindu sama anak bila tengok anak-anak aku (Alahaiiiii sedihnyeee kannn kisah kau). Minggu pertama kerja, everything went well. Sebab waktu ni aku masih ada kat rumah.

After Raya, aku start masuk office. Ada hidden cam tapi after 2 weeks cam problem. Lukman pulak malas nak baiki plus too positif. Dia dok keep on pesan kat aku tak ape lah mama, kita niat baik nak tolong dia, lnsya-Allah dia pon akan kerja baik-baik.

Okay, time ni aku start uji dia. Dan, dah nampak benda-benda yang pelik tapi aku layan kan ja. Sebab small mistakes.

Bermula second week lepas Raya dia dah start buat perangai. Kisahnya, seminggu sebelum raya waktu tu dia baru kerja dalam seminggu, dia minta izin nak balik rumah so called 'kakak sepupu' di Kajang. Aku tak kisah sangat. Lagi suka kot sebab tak perlu bawak dia balik kampung.

Tapi Lukman tak bagi. Sebab dia baru kerja then kami akan bercuti lama ke kampung so takkan nak biar ja dia kat Kajang tu 10 sampai 12 days. So nak tak nak dia kena ikut kami balik Baling Raya tu.

Dipendekkan cerita, lepas balik dari Raya dia buat cerita lain pulak. Dia kata dia punya so called 'kakak sepupu' tu sakit so nak mintak izin pulang ke Kajang untuk ziarah.

Tapi aku tak bagi sebab aku dengan Lukman nak kena masuk office juga sebab ada banyak benda yang kena settle kan. Dia diam saja tapi esok tu masa aku kat office dia mesej bagitau kata Raya Haji ni tak mau ikut aku balik kampung. Nak balik Kajang jugak. Whatt???? Siapa yang majikan siapa yang bibik sekarang ni??

Suka suka hati bagi order kat aku. (Masa ni aku masih tertipu ya kawan-kawan bahawa yang kat Kajang tu sepupu dia. Yang sebenarnya jantan keparat!)

Ok, start dari detik ni dia start tunjuk perangai Dajal

Panjang sangat kalau aku nak cerita in detail. So aku pendekkan ja la nah.

1) Aku order barang basah delivery ke rumah, aku pesan more than 10 times sebelum keluar g office. Beria menggangguk faham. Tapi bila aku balik kerja petang tengok ayam dah membusuk berulat atas tembok. Bila aku tanya kenapa tak ambil, sambil jeling-jeling jawab saya tak tau.

2) Aku pernah balik diam-diam tengah hari. Parking kereta jauh then jalan kaki balik. Pintu pagar yang aku pesan suruh tutup tadi masih tak bertutup. Ok fine, aku bersangka baik mungkin dia lupa sebab kalut dengan anak-anak. Slow-slow aku jenguk kat sliding. Wah wah wah. Sedap nau membongkang! Terdampar macam paus kenyang. Aku sendiri tak pernah tidur macam tu. At that time aku tengok Adib tengah ke hulu ke hilir usung pampers yang dah dibuka sambil kejut dia tapi tak jaga wehhh. Sampailah Adib terkucil di lantai dapur. Allah saja yang tau perasaan aku masa ni. Menyirap. Aku masuk dalam kejut dia cakap Adib dah buka pampers tu, dan dan bangun buat-buat kalut ke tandas.

Aku saja buat-buat tanya, air ape kat dapur ni bik basah ni. Kome tau dia jawab ape? Itu Aqil la kasi tumpah air itu. Kepala hotak dia lahhhhhh. Dengan mata kepala sendiri aku nampak Adib yang kencing. Korang rasa kalau aku tak nampak lah kan, gamaknya bernajis lah 1 rumah aku. Tapi petang tu memang aku basuh 1 rumah sebab aku dah start was-was.

3) Botol susu anak-anak aku dia hanya akan basuh bila aku nak balik ja. In between tu memang dia tak basuh. So anak aku dah terminum susu basi jugak.

4) Pagi-pagi before ke office aku akan masak dulu untuk anak-anak. Dia tinggal cedokkan ja. Yang aku heran, sepanjang aku jaga sendiri anak-anak selama 6 tahun, kalau masak periok besar tu sup or watever lah mesti boleh makan sampai ke malam. Tapi bila aku tinggal kat dia, aku balik kerja petang mesti periuk dah siap basuh.

Mula-mula aku assume dia habiskan, which is ok la aku tak marah pon. Tapi entah lah. Naluri ibu tu kan. 1 hari aku rasa tegerak hati nak selongkar dustbin. Yessssssss! Tepat sangkaaan aku! Dia buang makanan tu. Sekali lagi Dajal! Tapi aku diam kan ja. Nak perati kelaku dia plus Lukman akan bela bila aku marah bibik.

5) Ada 1 hari aku nak test dia. Aku tak masak. Aku just pesan nanti keluarkan ayam dan goreng. Bagi anak-anak makan. Macam biasa, beria menggangguk. Sebelum ke office aku kira siap-siap berapa bekas dan ketul ayam yang ada. So bila balik aku buat-buat tanya anak makan apa hari ni. Dengan confident jawab, nasik sama ayam goreng.

Tapi bila aku cek balik jumlah ayam yang ada, no changes!!! Membongakkkk ja keja dia. Tu pon aku diam kann. Pendamm dan perhati. So anak-anak aku makan apa??? Tak makan la jawab dia. Aqil bagi tau adik-adik minum susu je. Panassss hati aku!!

6) Badan/Miss V bebau hanyir. 16 batu dah boleh bau. Jadinya rumah aku kalau aku balik kerja memang aku akan sembur segala jenis perfume yang ada. Kadang dia nak mengelat dia basuh baju dia campur dengan baju anak2 aku. Dia ingat aku bodoh tak tau kerja jahat dia tu. Memang baju anak-anak aku habis akan berbau dan dah banyak kali aku terpaksa buang baju anak-anak aku.

7) Conteng dinding. Selama ni aku ingat anak-anak / laki aku yang conteng / tulis di dinding rumah. Rupanya dia. Semalam nak dijadikan cerita aku masuk bilik dia nak iron baju sendiri.

Penuh tulisan yang sama macam kat hall dekat dinding dalam bilik. Ada nombor-nombor macam nombor akaun dan laman web porno. Yes, i've checked em all. Sangap bat**g rupanya!!!

8) Ini yang paling aku panas! Adib kena iron panas kat perut. Aku tanya Aqil, Aqil cakap tak tau. Tapi Faris datang bagi tau Sukma buat. Dada aku dah tahap sikit lagi nak pecah. Tahan marah. Menggigil all over my body.

9) SELFIE MELARAM DENGAN BAJU-BAJU AKU, BAJU-BAJU LUKMAN!! Kadang2 kalau Adib tak bangun tidur lagi time aku nak ke office aku terpaksa tinggal bilik tak berkunci. Sebab nanti nak suruh dia amik Adib bila dah bangun. Aku dah ubah buaian betul2 tepi pintu which is dia tak perlu masuk dalammmm bilik.

Just langkah sikit ja ke muka pintu, angkat Adib then keluarlah. Rupanya kami ni ja dok bersangka baik dekat dia. Dia? Ambik kesempatan! Semalam aku rampas handphone dia. Allah terus collapse aku bila tgk isi kandungan handphone dia. Sebab aku dah tak boleh tahan sabar. Im pissed off!! Penuh gambar selfie atas katil aku dengan baju-baju aku, Rayban, cap, Lukman! Hatta spek opah aku pon dia balon! Bertambah celaka seluar dalam, bra, lingerie aku semua dia try. Ops lupa, cincin nikah aku skali dia menerai. Memang dasar Dajjal! Nak mudah bahasa orang kampung aku panggil 'haramja***!'

10) Mesej lucah dengan lots of Bangladeshi, Indian so on so forth. Hantar gambar yang tak sepatutnya. Korang faham sendiri lah gambar apa kalau dah dasar betina lapar bat**g bejumpa plak dengan jantan sangap lu***g!

11) Sebelum aku halau pergi balai tadi aku sempat selongkar beg dia. Guest what I found? Seluar dalam aku, perfume aku, blusher and eyeshadow Benefit aku and earphone iPhone Lukman! Tu pon tak mengaku!!! Dok kata tu dia punya.

Hoi mangkuk, aku tak bangang macam hang lah! Memang makan la penampar aku tadi. Aku sabar tak sentuh hang dari semalam lagi. Tapi bila aku jumpa macam-macam aku dah tak boleh fikir apa dah. Memang rasa nak taboh sampai lunyai ja.

12) Berlakon muslim sembahyang tungging tebalik. Dengan imigresen pon dia boleh menipu, apatah lagi dengan kami majikan dia.

********************
Fuhhh dada aku masih terasa berat masa tengah menaip ni. Semalam kecoh lah dalam taman ni kes bibik bangang nih! Sampai macam kena heart attack aku semalam.

Terlampau marah. Mujur ada jiran-jiran superbaik mai rumah tolong calm me down. Thank you jiran semua.

Apa-apa pon aku bersyukur Allah tunjuk cepat benda ni kat aku. Dan paling bersyukur anak-anak aku selamat.

Now, tengah bertenang ambik mood nak mengemas balik rumah yang tak rupa macam rumah ni. Yang bau hanyir!

Dan sejujurnya, aku trauma dengan bibik! Walau memamg ada yang baik, tapi biarlah ni jadi pengalaman pertama dan terakhir aku. Serious, aku trauma sungguh! Semalam tak boleh tidur langsung. Pejam mata ja terbayang muka dia.

Harap hampa semua boleh ambil pengalaman-pengalaman kami ni jadikan iktibar. Sapa nak SHARE silakanlah tak payah minta izin.

Yang nak komen sekadar nak provoke atau kecam, baik batalkan niat anda. Kalau tak anda pulak makan penampar aku.

Ni sedikit gambar untuk tatapan kalian. Gambaq pakai bra dan seluar dalam tak payah lah ye. Sat lagi ada yang masuk tandas pula," tulis Hanani panjang lebar.

Teks oleh: Kamaruddin Razal