VIRAL
Wanita Ditawar RM5.5 Juta Selepas Tersalah Di Penjara 20 Tahun
Seorang wanita ditawar pampasan sebanyak RM5.5 juta oleh kerajaan Australia setelah 20 tahun meringkuk di dalam penjara.
Pampasan yang berkuat kuasa dan boleh dituntut pada Julai 2024 diberikan sebagai ‘cenderahati’ selepas wanita itu silap dipenjarakan selama lebih dua dekad atas dakwaan membunuh empat anaknya.
Kathleen Folbigg, 58, didakwa telah membunuh tiga daripada empat anaknya pada 2003 dan membunuh tanpa niat seorang lagi anaknya.
Dia kemudian mendapat pengampunan pada tahun 2023 selepas siasatan bebas mendapati bukti saintifik baharu yang mendedahkan punca kematian empat anaknya adalah kematian semula jadi atau berkaitan dengan mutasi genatik, lapor The Independent.
Anak-anak Folbigg meninggal dunia di antara usia 19 hari dan 18 bulan dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 1989 sehingga 1999.
Folbigg dituduh membunuh dengan cara melemaskan anak-anaknya pada 2003. Dia dijatuhi hukuman 40 tahun penjara sebelum diringkankan kepada 30 dengan 25 tahun tidak dibenarkan membuat rayuan.
Bagaimanapun seorang peguam bersara, Brian Doyle mendapati pampasan sebanyak RM5.5 juta sebagai tidak berbaloi dengan penderitaan lebih dua dekad yang telah dilalui wanita itu sepanjang menjadi banduan.
“Mesej saya kepada pihak berkuasa, apa yang anda rasa apabila hanya menerima RM5.5 juta selepas dipenjarakan tanpa berbuat salah selama lebih dua dekad?”tanya Doyle seperti dilaporkan abc.net.
Doyle kemudian mencadangkan sekurangnya Folbigg menerima sekitar RM27 juta sebagai pampasan yang disifatkan berbaloi.
Must-Watch Video