Berita

Wanita Ini Mengaku Bersalah Bunuh Rakan, Dihukum Penjara 30 Tahun

gempak
Gempak
05/03/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Ini Mengaku Bersalah Bunuh Rakan, Dihukum Penjara 30 Tahun
Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara selama 30 tahun terhadap seorang wanita selepas mengaku bersalah membunuh rakannya dalam kejadian empat tahun lalu.
Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, yang merupakan bekas pelajar Tingkatan Enam membuat pengakuan tersebut pada Selasa.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.
Wanita itu juga berdepan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh ditangkap pada 2 November 2020.
Tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris sementara tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemukan mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman pada bahagian badan.
Mangsa yang turut putus pergelangan tangan kiri dijumpai dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah oleh adiknya yang ketika itu baru pulang dari sekolah.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Dir*gol 7 Lelaki, Pasangan Traveller Terima Pampasan RM49,000 & Pulang Ke Sepanyol

BERITA TRENDING: Ustaz Solmed Sedia Jual Rumah Mewah Lengkap Pam Minyak Mini RM24 Juta: “Kalau Ada Yang Serius…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024