Seorang wanita berkongsi detik-detik cemas ketika dia dan keluarga hampir menjadi mangsa pukau ketika berjalan di kawasan Bukit Bintang.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok miliknya, wanita itu menceritakan semula kejadian ketika dia dan keluarga ditegur oleh pasangan warga asing yang bertanyakan tentang lokasi pertukaran wang (money changer).
@azreen_lifestyle Makin menjadi-jadi orang asing kat Malaysia. Entah apa status diorang stay kat sini. Siapa nak pantau? . #bukitbintang #kualalumpur #fypmalaysia #tiktokmalaysia #psa #CapCut ♬ original sound - Azreen_lifestyle
“Kami nampak ada dua orang foreigner lelaki dan perempuan, berpewatakan seperti Arab, yang perempuan pakai jubah lepastu kami lalu dia tegur bapak mentua saya.

“Mula-mula mereka tanya dekat bapak mentua saya dekat mana ada money changer, bapak mentua saya taktahu lepastu tanya saya dan saya beritahu lah di mana money changer yang terdekat.

“Lepas saya jawab soalan dia, dia keluarkan wallet dia dan sambung bercakap dengan bapak mentua saya.

“Tiba-tiba yang perempuan tu cuba nak borak dengan saya seolah-olah nak distract saya untuk tak dengan perbualan bapa mentua saya,” jelasnya.

Berita Trending: Tiba-Tiba Tak Sedarkan Diri, Pemuda 23 Tahun Temui Ajal Selepas Cabut Dua Batang…

Mengulas lebih lanjut, wanita itu tersedar yang mereka hampir dipukau setelah ibu mentuanya memberitahu yang sebelum ini mereka pernah juga pernah dihampiri oleh pasangan warga asing yang menggunakan modus operandi yang sama.

“Bila mak saya bagitahu sebelum ini dia dan bapa mentua saya pernah ditegur juga oleh pasangan warga asing yang tanya dekat mana money changer masa tu saya tersedar yang mungkin ini adalah modus operandi yang sama untuk mereka scam orang.

“Saya terus tegur bapak mentua saya untuk beredar dan jangan melayan mereka kerana ini merupakan taktik pukau untuk ambil kesempatan,” tambahnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 900,000 tontonan di aplikasi TikTok.