Viral
Wanita Terima Pampasan RM490,000 Dari Bekas Suami, Dedikasi Jadi Suri Rumah Selama 26 Tahun
Seorang suri rumah berjaya mendapat pampasan sekitar RM490,000 daripada bekas suami sebagai balasan kepada semua pekerjaan dan dedikasi yang diberikan sepanjang berkahwin selama 26 tahun.
Kemenangan tersebut diperoleh selepas sebuah mahkamah di Pontevedra, Sepanyol memutuskan lelaki tanpa identiti perlu membayar pampasan kepada bekas isteri setelah menilai semua bukti yang disediakan.
BERITA TRENDING: KISAH BENAR – Suri Rumah Tertekan Dijadikan KULI Suami, Mentua dan Ipar Duai Atas Alasan Tidak Bekerja.
Pasangan tersebut berkahwin pada 1996 dan bercerai tahun 2022. Sebaik berkahwin wanita tersebut berhenti kerja untuk memberi fokus terhadap urusan rumah tangga.Sepanjang hidup bersama, dia hanya pernah mempunyai waktu lapang selama 205 hari dengan selebihnya memerlukan wanita tersebut memberi tumpuan kepada kerja rumah tangga serta menguruskan anak.
Selepas bercerai, bekas suami terus menetap di kediaman mereka kerana dia yang membayar rumah tersebut manakala wanita itu perlu menyewa, lapor OddityCentral.
Wanita tersebut dalam dakwaan mengatakan berdepan kesukaran hidup antaranya untuk mencari kerja kerana tidak mempunyai pengalaman kerja selain menjadi suri rumah selama 26 tahun.
BERITA TRENDING: 4 Bulan Isteri Tak Balik Rumah, Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz - “Sebagai Seorang Suami Memang Saya…”
Oleh sebab itu dia menuntut pampasan daripada bekas suaminya selepas pengorbanan yang dilakukan sepanjang hidup bersama.Selepas budi bicara kedua-dua pihak dan mencapai kata sepakat tentang wang pampasan, wanita tersebut akhirnya berjaya memperoleh RM490 ribu ke atas haknya yang pernah hilang sewaktu menjadi suri rumah.
PILIHAN PEMBACA: “Dah Biasa Basuh Pinggan Sendiri, Isteri Kata Jangan! Biar Dia Yang Buat”- Fadhli Masoot Kongsi Kemanisan Berkahwin
Must-Watch Video