Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wanita Warga Emas Maut Ditikam Di Kepala Oleh Anak Saudara

Awani
13/08/2024 18:55 MYT
Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Gelung Bubu , Pekan Darat, pada Selasa.

Mangsa yang berusia sekitar 80-an itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sejurus kejadian untuk rawatan lanjut namun disahkan telah meninggal dunia.

Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 11 pagi tadi ketika mangsa dikatakan cuba meleraikan pertengkaran antara anak saudaranya dan ibu kandungnya.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu tidak berpuas hati apabila mangsa mencampuri urusan pergaduhan dengan ibunya di dalam rumah itu selepas mangsa yang tinggal bersebelahan datang untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

“Suspek yang berang dengan tindakan ibu saudaranya itu dipercayai mengambil gunting di atas meja di rumah berkenaan lalu menikam bahagian kiri kepala mangsa, ibu kandung suspek yang berusia 70-an turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kepala Batas,” katanya.


Selepas kejadian tersebut, suspek dikatakan turut mengamuk dan bertindak memecahkan cermin tingkap rumah jiran sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum orang ramai menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Suspek kemudian berjaya ditahan anggota polis tidak jauh dari lokasi kejadian.

Difahamkan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun dipercayai mengalami masalah mental.

BERITA TRENDING: Pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 Bernilai RM57.81

BERITA TRENDING: Buat Live, Muat Naik Video Cerai Di Laman Sosial Hanya Buka Aib Rumah Tangga

BERITA TRENDING: Wanita Dakwa Dipermainkan Pelakon Muda Kacak? - “Yang Paling Sakit Hati Dia Post That Girl Lepas Jumpa Aku…”

BERITA TRENDING: Pengulas Sukan Khairil Azwa Tak Sangka Tular, Ramai Tekejut Lepas Tahu Wajah Sebenar - “Mereka Gambarkan Saya Tua, Badan Berisi & Kepala Botak”



Sementara itu , Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian tersebut namun maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan kemudian.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Astro Awani

#Bunuh #Maut #warga emas #Tikam #Anak Saudara