Viral
Pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 Bernilai RM57.81
Olimpik Paris 2024 baru sahaja berlaku. Namun, pelbagai ragam mengenai temasya sukan ini masih lagi diperkatakan.
Antaranya ialah pingat kemenangan yang diterima oleh atlet. Menurut Forbes Australia, pingat emas bagi Olimpik Paris 2024 adalah bernilai AS$950 (RM4,250), menjadikan ia sebagai pingat emas termahal setakat ini.
Pingat
Berbanding temasya Olimpik London 2012, pingat emas pada ketika itu bernilai AS$708 (RM3,147).
Sungguhpun begitu, ia bukanlah sepenuhnya diperbuat daripada emas. Hal ini kerana, pingat tersebut diperbuat daripada perak, dengan kandungan sebanyak 95.4 peratus. Hanya saduran nipis keseluruhan medal merupakan emas tulen.
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024 Gagal? Hamidin Minta Semua Pihak Berpijak Di Bumi Nyata
ARTIKEL BERKAITAN: Pengulas Sukan Khairil Azwa Tak Sangka Tular, Ramai Tekejut Lepas Tahu Wajah Sebenar - “Mereka Gambarkan Saya Tua, Badan Berisi & Kepala Botak”
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"
ARTIKEL BERKAITAN: Pemenang 5 Kali Pingat Olimpik, Tom Daley Umum Bersara Sukan Terjun - "Inilah Waktu Sesuai Untuk Menamatkannya"
Lebih mengejutkan, medal perak seberat 525 gram bernilai AS$486 (RM2,174), sementara gangsa yang diperbuat daripada campuran kuprum, zink, dan besi bernilai AS$13 (RM58).
Sebelum ini, kualiti pingat Olimpik Paris 2024 menjadi pertikaian apabila atlet papan luncur Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mengkritik kualiti pingat gangsa yang dimenanginya.
Menerusi catatan Instagram, Nyjah menyatakan rasa kecewanya.
"Ia kelihatan hebat apabila masih baru, tetapi selepas membiarkannya ia pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu, nampaknya ia tidak berkualiti tinggi seperti yang anda sangkakan.
"Lihatlah, ia kelihatan kasar! Malah bahagian depan mula terkelupas sedikit,” katanya.
Sumber: Forbes Australia, TMZ
Must-Watch Video