Berita

Warga Emas Didenda RM1,000 Gara-Gara Baca Surat Khabar Sendirian Di Taman Awam Tanpa Pakai Pelitup Muka

gempak
ZULHILMI JALIL
11/12/2020
12:06 MYT
Sponsor Banner
Warga Emas Didenda RM1,000 Gara-Gara Baca Surat Khabar Sendirian Di Taman Awam Tanpa Pakai Pelitup Muka
Tindakan seorang warga emas yang membaca surat khabar secara sendirian di sebuah taman awam di Klang, Selangor menerima padah apabila dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard pencegahan wabak.
Individu yang dikenali sebagai Lee itu dikatakan membaca surat khabar tanpa memakai pelitup muka ketika berada di kawasan taman perumahannya.
Menurut Lee, ketika duduk sendirian dia kemudian didatangi anggota polis yang bertanyakan alasan dirinya tidak mengenakan pelitup muka.
Lee kemudian memaklumkan bahawa dia terlupa membawanya selain keadaan taman awam di rumahnya itu kosong tanpa pengunjung lain kecuali dirinya.
Bagaimanapun, Lee yang juga merupakan seorang guru tuisyen sambilan mengakui kesilapan dirinya, namun memohon agar jumlah kompaun tersebut boleh dikurangkan.
"Saya tahu saya perlu bertanggungjawab kerana melakukan kesalahan, tetapi saya meminta kompaun dikurangkan atau membenarkan saya membuat bayaran secara ansuran," katanya kepada Sinchew Daily seperti yang dipetik Malaysia Gazette.
Lee kemudian diminta untuk membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.
Bagaimanapun, Lee yang tidak tahu memandu kereta dan hanya menggunakan basikal berkunjung ke sebuah klinik kesihatan kerajaan berhampiran untuk membuat rayuan.
Begitupun, sekali lagi dia diminta untuk ke Pejabat Kesihatan Klang yang memakan masa perjalanan hampir sejam sekiranya menggunakan basikal.
Lee yang juga pernah bekerja di bank sebelum bersara itu dilaporkan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM305 sahaja.
Sementara itu, kisah mengenai nasib malang Lee itu turut tular di Twitter yang sudah diulang kicau lebih 6,000 kali. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Lee.
Beberapa pemimpin komuniti termasuk Ahli Majlis Perbandaran Klang telah menghubungi peguam untuk memberi bantuan guaman kepada warna emas itu.
Sumber: Malaysia Gazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live