,
Laman Utama

Warga KL & Selangor Dah Boleh ‘Walk-In’ Untuk Vaksin, Ini Senarai PPV Terpilih

Awani
02/08/2021
06:55 MYT
Penduduk di Lembah Klang yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh berbuat demikian apabila kaedah secara jumpa terus atau 'walk-in' akan mula dijalankan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih, bermula hari ini.
Masa jumpa terus bermula pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing. Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Sembilan PPV terlibat memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang.
PPV tersebut adalah KL Convention Centre, HCO F, HCO G dan HCO H; Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.
Bagaimana pun, untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan 'komorbid' (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti), vaksinasi jumpa terus akan bermula hari ini hingga 4 Ogos.
Manakala semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang boleh mendapatkan vaksin secara walk-in bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.
Sementara untuk bukan warganegara, tarikh dibenarkan untuk jumpa terus bermula 9 Ogos dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.
CITF berkata, antara dokumen yang diperlukan ialah bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain.
Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka termasuk dalam kategori itu seperti kad rawatan atau kad janji temu.
Tambahan bagi bukan warganegara, mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF.
Pelaksanaan vaksinasi jumpa terus ini adalah berdasarkan 'siapa dahulu, dia dapat' bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV dengan individu jumpa terus akan diletakkan di bawah 'senarai menunggu' untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan pada hari berkenaan habis digunakan.
Individu yang telah mendapat janji temu tidak dibenarkan untuk jumpa terus dan tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan jumpa terus sekiranya janji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penjawat Awam Negeri Selangor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

gempak
17/11/2024
10:30 MYT
Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat.
Viral

Direka Dengan Gabungan Warna Ceria, 'Raja Tun Uda Library' Tersenarai Di Tempat Ke-10 Perpustakaan Tercantik Di Asia

gempak
10/11/2024
07:40 MYT
Tular di media sosial senarai carta perpustakaan tercantik di seluruh Asia dan menariknya Perpustakaan Raja Tun UDA yang terletak di Shah Alam turut tersenarai.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

Memang Dari Planet Lain, Sal Priadi Layan 'Healing' Dengan Ribuan Peminat Di KL!

gempak
16/10/2024
09:55 MYT
Suasana di dewan Zepp, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu, dipenuhi dengan keajaiban apabila konsert yang ditunggu-tunggu oleh semua, “SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR” membawa peminat melewati perjalanan muzik yang mendalam dan penuh ‘healing’!
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Unitar