Laman Utama

Warm Up Sebelum World Cup! Jom Layan OlaBola 'I Cover You' 2022 Versi 90 Minit - "Ini Versi Roller-Coaster ..."

gempak
Amri Hassan
07/10/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
Warm Up Sebelum World Cup! Jom Layan OlaBola 'I Cover You' 2022 Versi 90 Minit - "Ini Versi Roller-Coaster ..."
Enfiniti (M) Sdn Bhd kembali ke pentas teater muzikal dengan persembahan OlaBola 'I Cover You'. Produksi yang telah memenangi 8 Anugerah di 16th BOH Cameronian Arts Awards ini bakal menghangatkan panggung The Platform, Menara KEN TTDI untuk musim terhad bermula 9 hingga 19 November 2022.
Dicipta dan diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina, OlaBola 'I Cover You' merupakan versi 90 minit yang lebih padat, dipenuhi aksi, dan mengasyikkan lagi dengan adanya interaksi bersama penonton. Versi ini pada asalnya, merupakan versi jelajah untuk kempen Merdeka pada 2019 dan telah dipersembahkan kepada penonton di Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.
Apabila ditanya mengenai perbezaan antara versi ini dan versi penuh (2.5 jam) persembahan OlaBola The Musical di Istana Budaya pada tahun 2018 dan 2019, Puan Sri Tiara berkata OlaBola 'I Cover You' memberikan lebih perencah dan akan seakan-akan sesi warm up sebelum bermulanya World Cup tahun ini.
"Oh, sangat berbeza dengan versi penuh. Versi ini seolah-olah OlaBola versi roller-coaster!
"Sewaktu persembahan jelajah tahun 2019, kami telah menyaksikan reaksi yang sangat luar biasa daripada penonton. Dari bermulanya jelajah tersebut, ternyata tahap adrenalin, emosi, dan keterujaan penonton di Malaysia terhadap bola sepak memang lain daripada yang lain.
"Setiap persembahan dibuka dengan interaksi penonton bersorak sepenuh hati dipimpin kumpulan sorak bolasepak Malaysia, Ultras Malaya, diikuti pula dengan semangat 'takkan kalah' Harimau Malaya dalam sesi latihan ke Sukan Olimpik 1980.
"Ini ditambah lagi dengan kemunculan Sarjan Ahmad, watak yang dibawa rapper terkenal Malaysia - Altimet, penonton terbawa sekali dalam penceritaan kisah pasukan bola sepak negara ini.
"Saya pasti, persembahan kali ini merupakan sesi 'warm-up' yang sangat sesuai bagi penonton dan peminat bola sepak dalam menanti demam World Cup tahun ni," katanya.

OlaBola 'I Cover You' ditonton 80,000 kali

OlaBola 'I Cover You' ditonton lebih kurang 80,000 penonton di Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching disamping penonton “on-line” di seluruh dunia. Ini merupakan kali pertama penonton di Kuala Lumpur akan mendapat peluang menonton versi yang lebih padat dan menarik ini.
Musim terhad versi 90 minit kali ini akan menyaksikan kembalinya pelakon-pelakon dari pementasan muzikal asal yang membawakan watak-watak kesayangan ramai antaranya Altimet sebagai Sarjan Ahmad, Brian Chan (Tauke Chow Kwok Keong), Luqman Hafidz (Ahmad Ali) dan Lim Jian Wen (Ong Tiam Chai (Ah Chai)).
Produksi terbitan Enfiniti ini diaptasi dari filem dengan tajuk yang sama keluaran tahun 2016, arahan Chiu Keng Guan, terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Multimedia Entertainment Sdn Bhd.

OlaBola dikembangkan dari filem ke teater

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya berbesar hati apabila karya terbabit diangkat dan dikembangkan dalam platform berbeza.
"Mewakili pihak penerbit filem OlaBola, Astro Shaw, GSC dan Multimedia Entertainment, kami rasa amat berbesar hati apabila karya kami sekali lagi diangkat dan dikembangkan melalui platform berbeza.
"Sebagai pengkarya industri kreatif, kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak jika filem-filem lain terbitan kami di bawa ke pentas teater.
"Kami harap dengan kehadiran pementasan OlaBola 'I Cover You' mampu merancakkan lagi industri pementasan teater dan sekali gus menarik penonton untuk kembali menghargai seni teater selepas fasa pandemik," ujarnya.

Tiara lega teater kembali bernafas

Apabila ditanya penglibatan Enfiniti dalam usaha membaik pulih industri pementasan teater, Chief Dream Maker Enfiniti (M) Sdn Bhd, Puan Sri Tiara akui teruja untuk kembali melakukan pementasan ini setelah 3 tahun menyepi.
"Seperti ramai yang sudah sedia maklum, pandemik Covid-19 telah meninggalkan impak yang sangat besar dan menyedihkan pada berpuluh ribu pekerja industri seni persembahan, selain lebih kurang 500 syarikat produksi, termasuk Enfiniti.
"OlaBola merupakan sebuah produksi “feel good” yang saya pasti, bakal menaikkan lagi semangat semua yang terkesan dengan pandemic ini. Kami juga berharap ia dapat membantu sedikit sebanyak dari segi mewujudkan peluang pekerjaan, setelah 3 tahun industri ini menyepi. Ia juga sebagai sesi “warm-up” yang paling bagus untuk persiapan penonton-penonton World Cup Qatar 2022 nanti," ujarnya.

Layan bola sepak live di pentas teater

Untuk rekod, OlaBola The Musical telah memenangi 8 anugerah di 16th BOH Cameronian Arts Awards pada tahun 2018 termasuk anugerah Best Direction (Tiara Jacquelina), Best Actor (Brian Chan), Best Set Design (Raja Malek), Best Original Score (Mia Palencia & Altimet), Best Choreographer (Adzwani Sani & Stephen Rahman-Hughes), Best Lighting Design (Ee Chee Wei), Best Performance by an Ensemble, dan Best of 2018.
Peminat-peminat tegar OlaBola The Musical bakal menyaksikan babak-babak kegemaran mereka seperti pemainan bola sepak secara “LIVE” diatas pentas dan sesi latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi babak “I Cover You”.
Kali ini, dengan adanya sesi interaksi antara penonton dengan Ultras Malaya dalam suasana yang lebih intim di panggung The Platform, di Menara KEN TTDI, pastinya penonton akan merasai pengalaman yang lain daripada yang lain dan luar biasa.
Terdapat hanya 500 tiket untuk setiap persembahan dalam musim yang terhad ini, oleh itu dapatkan tiket-tiket anda sebelum terlepas!
OlaBola 'I Cover You'” 2022 akan bermula pada 9 hingga 19 November 2022 di The Platform, Menara KEN TTDI. Ikuti perkembangan mengenai OlaBola 'I Cover You' di laman Instagram dan Facebook rasmi @EnfinitiMY.
Maklumat lanjut di www.myticket.asia dan follow hashtag #AyuhMalaysiaku #OlaBolaMusical #ICoverYou #EnfinitiMakesMagic.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live