Minggu lalu sebuah warung yang dikenali sebagai Kedai B40 tular di laman sosial.
Kedai tersebut yang terletak di Kampung Senama, Rembau ini merupakan perniagaan keluarga yang diusahakan oleh Mohammad Amirul Syafiq Abdullah, 26 tahun.
Memetik laporan Kosmo Online, kedai yang terletak di tepi jalan Seremban-Tampin itu diusahakan oleh arwah bapa tirinya, Muhamad Ali Rostani sejak lebih enam tahun yang lalu dan kini semakin dikenali orang ramai.
“Kalau sebut B40, memang kita tahu golongan berpendapatan rendah, jadi arwah ayah mahu teruskan konsep ini dengan tawarkan harga makanan mampu milik yang boleh dinikmati semua pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
“Kami juga masih mengekalkan harga lama iaitu RM1 untuk roti canai, air kopi, teh bermula pukul 6 pagi. Bagi sesi makan tengah hari pula, pengunjung boleh menikmati harga RM6 bagi sebekas siput sidut berbanding RM8 pada kebiasaannya,” katanya.
Tambah Amirul yang berkelulusan Politeknik Port Dickson dalam bidang seni bina, kedai itu kini diusahakan bersama dua beradik lelakinya selepas kematian ayah tiri dua tahun lalu.
Keluarganya juga sering mengamalkan konsep bersedekah kepada pelanggan apabila baki kiraan sekitar 30 sen atau, 40 sen tidak perlu dibayar.
“Alhamdulilah, walaupun keuntungan tidak sebanyak mana, namun saya gembira apabila hasil pendapatan sehari mampu membayar kos operasi kedai, gaji enam pekerja selain untuk menambah menu makanan,” katanya.
Menurutnya, dia kini berhasrat untuk membuka cawangan kedai makan B40 yang lain memandangkan sambutan yang diterima ketika ini sangat menggalakkan termasuk dari penduduk luar Rembau.
Sumber: Kosmo Online!
Azwa Rahman
Sat Aug 13 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko