Laman Utama

Watak Datuk Siddiq Sama Dengan Usahawan Kosmetik Popular? Ini Jawapan Adlin Aman Ramlie!

gempak
Fiza Kamarudin
24/12/2021
12:10 MYT
Sponsor Banner
Watak Datuk Siddiq Sama Dengan Usahawan Kosmetik Popular? Ini Jawapan Adlin Aman Ramlie!
Kepada yang sudah menonton drama bersiri Astro Originals, Dukun Diva pasti menyedari watak Datuk Siddiq yang dilakonkan Adlin Aman Ramlie.
Datuk Siddiq merupakan seorang usahawan kosmetik yang merupakan seteru kepada Datuk DD lakonan Emelda Rosemilla.
Kedua-dua watak ini bagaimanapun telah dikaitkan dengan dua usahawan kosmetik popular tanah air.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Adlin mempunyai pandangan tersendiri.
“Itulah formula yang disuntik dalam drama ini. Rasanya tidak perlu diterangkan secara terperinci karakter Datuk Saddiq dan Datuk DD.
“Watak Datuk Siddiq dan Datuk DD tidaklah sama macam usahawan kosmetik yang diperkatakan itu. Saya tak perlu menyamar jadi orang lain,” katanya.
Tambah Adlin lagi, sebaik sahaja menerima tawaran daripada pengarah Ariff Zulkarnain dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan dengan watak Datuk Saddiq.
“Datuk Saddiq ni karatekter dia daring, loud dan dia seorang lelaki metroseksual serta maskulin walaupun nampak lembut.
“Saya tidak menjadikan mana-mana individu sebagai rujukan untuk menghidupkan watak ini. Saya explore dan akhirnya kembangkan watak Datuk Saddiq supaya lebih dramatik,” katanya.
Bergandingan bersama isteri, Adlin berkata Dukun Diva merupakan gandingan keempat mereka.
“Walaupun berstatus suami isteri kami buat kerja masing-masing. Kelebihannya ialah kami ada lebih ruang untuk memenuhi tuntutan watak.
“Dalam episod akhir Dukun Diva, saya dan Emelda akan battle dalam nyanyian. Jadi bila ada babak-babak begini ia lebih memudahkan untuk kami berlatih,” katanya.
Adlin berkata antara kelainan pada Dukun Diva ialah, drama ini menyelitkan elemen muzikal.
“Pengarah dan penulis skrip Alfie Palermo tahu saya suka muzikal. Bayangkan daripada satu lagu ditambah menjadi tiga.
“Dukun Diva menampilkan karakter berbeza saya yang sebelum ini sering diberikan watak antagonis, penjahat atau serius.
“Datuk Siddiq bukan tak serius tapi lebih colorful, ringan, menghiburkan dan komedi,” katanya.
Untuk menyaksikan Datuk Siddiq, tonton Dukun Diva setiap Isnin, di Astro Citra jam 9 malam ya!
Terlepas episod terdahulu? Jangan risau boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.
Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024