Laman Utama
Watsons Bersama Salam Taiwan Terbangkan 10 Pemenang Bertuah Ke Taiwan, Berlibur Bersama Ayda Jebat
Seramai 10 pasang pemenang bertuah yang dipilih menerusi peraduan Salam Taiwan Bersama Ayda Jebat telah diterbangkan oleh Watsons ke Taiwan pada 5 hingga 9 September lalu.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk para pemenang sepanjang berada di sana. Sesampainya di Lapangan Terbang Taouyuan, rombongan terus dibawa ke Miaoli, dan menginap di Flying Cow Ranch.
Menariknya, Flow Cow Ranch menawarkan suasana ala ‘kampung’ yang memberi peluang kepada pemenang untuk menikmati keindahan alam semula jadi, selain mengambil bahagian dalam aktiviti seperti membuat biskut dan memerah susu lembu.
Pada hari kedua, rombongan pemenang bergerak ke Taipei dan singgah sebentar di Vigor Pineapple Tart untuk menghasilkan sendiri tart nenas mengikut tutorial yang disediakan. Kemudian pemenang dibawa ke Taipei 101 sebelum singgah ke Watsons yang terletak di Ximending.
Keesokan harinya, rombongan pemenang dibawa ke Shifen Old Street untuk melepaskan tanglung. Selesai dengan aktiviti berkenaan, mereka menuju ke Jiufen Old Street untuk membeli belah dan menikmati pemandangan indah dari atas bukit. Pada sebelah petang, rombongan dibawa ke Yeliu Geographic Park.
Bagi hari keempat pula, rombongan pemenang berpeluang melihat kolam air panas semulajadi di Beitou Thermal Valley dan mempelajari sejarah tentang kawasan berkenaan di Beitou Hotspring Museum.
Setelah itu, kesemua pemenang menuju ke Taipei Fish Market sebelum membeli-belah di EverRich Duty. Pada sebelah malam, 10 pemenang dan pasangan dijemput untuk menghadiri malam gala dan makan malam bersama penyanyi, pelakon dan duta Watsons, Ayda Jebat.
Selain Ayda, rombongan ke Taiwan turut disertai oleh pelakon dan pengacara, Yasmin Hani serta Sazzy Falak, penyanyi Syadah Amzah dan pempengaruh Elcah.
Ingin mengetahui kempen terkini yang dianjurkan oleh Watsons, layari www.watsons.com.my.
Must-Watch Video