Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

Asyikin Mayudin
17/09/2024 01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.

Henti sebar fitnah

Berkongsi pendapat mengenai perkara itu, pelakon Wawa Zainal memohon agar netizen tidak menyebarkan berita tidak sahih dengan mengatakan Fattah berlaku curang terhadap Fazura.

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Wawa berkata Fazura sendiri tidak mengeluarkan kenyataan mengatakan tentang kecurangan.

“Mana ada… kamu janganlah sebarkan fitnah tu. Bini (isteri) dia sendiri pun tak ada cakap dia curang. Kamu orang saja yang buat spekulasi sendiri,” kata Wawa.

Suami kepada Wawa iaitu aktor Aeril Zafrel yang turut bersetuju dengan kenyataan isterinya dan memberitahu pasangan suami isteri mahu berpisah mungkin disebabkan tiada kesefahaman.

Tiada kesefahaman

“Kita pun tak tahu kan. Bukan sebab curang, mungkin sebab tiada kesefahaman. Tak semestinya orang itu mahu berpisah sebab curang kan,” kata Aeril.

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

BERITA TRENDING: Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

BERITA TRENDING: Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

BERITA TRENDING: “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

BERITA TRENDING: Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.

Sehinggalah pada pagi Jumaat, Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

undefined
#Fattah Amin #Fazura #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Nur Fazura #Fattah #artis cerai