Laman Utama

Wawa Zainal Dapat Mesej Dakwa Aeril Zafrel Curang - " Kamu Tengok Suami Kamu Bogel Di Hotel"

gempak
Zulaikha Yusof
26/02/2021
04:23 MYT
Sponsor Banner
Wawa Zainal Dapat Mesej Dakwa Aeril Zafrel Curang - " Kamu Tengok Suami Kamu Bogel  Di Hotel"
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal, 31, mendedahkan menerima satu kiriman mesej di Instagram (IG) berkaitan suaminya, aktor Aeril Zafrel, 33.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin memuat naik paparan skrin (screenshot) yang diterima kononnya daripada kawan rapat Aeril.
Dakwaan individu terbabit, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu telah bermain kayu tiga di belakang isterinya.
"Hi. Saya ialah kawan rapat suami kamu dalam Instagram (IG). Dia kahwin kamu dan 'membuat' dengan perempuan lain.
"Semalam dia mesej saya dan tanya boleh tak kita 'membuat'? Saya kata okey esok dekat hotel Melaka.
"Jadi kamu datang dekat Jonker Street, saya jumpa kamu kemudian kamu tengok suami kamu bogel dalam bilik hotel," tulis individu yang tidak didedahkan namanya.
Tidak memandang serius, ibu kepada tiga orang anak itu menyatakan manusia pada zaman sekarang amat menakutkan.
"Macam yall (sial) la. Seram betul ya zaman sekarang ni," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, semalam (25 Februari).
"Selamat ulang tahun ke-9 rakan niaga saya, rakan sebilik saya, sahabat saya, Aeril Zafrel.
"Tidak dapat membayangkan hidup saya tanpa awak. Doakan kekal hingga akhir hayat," tulis Wawa berserta foto berdua dengan Aeril menerusi entri yang berbeza.
Terdahulu, Wawa dan Aeril pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kisah perkahwinan senyap-senyap mereka sebanyak dua kali.
Hasil sembilan tahun bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live