Pelbagai ragam dapat dilihat sewaktu lawatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Borneo.

Terbaharu, Pasangan Diraja berkenan singgah untuk menyantuni pasangan pengantin yang menanti ketibaan Baginda berdua dalam perjalanan ke Pantai Bungai Bekenu, Miri, Sarawak.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)


Seri Paduka Baginda berdua berkenan menuruni kenderaan dan menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan mempelai tersebut dan berkenan mengurniakan sumbangan sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Bungai Bekenu.


Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, ramai yang menzahirkan respons positif terhadap mempelai dan melabelkan perkahwinan mereka sebagai ‘wedding of the year’.

Selain itu, sepupu kepada salah seorang mempelai turut mendedahkan jumlah ‘salam kaut’ yang disumbangkan oleh Seri Paduka Baginda.

Sumber: Facebook, Istana Negara

BACA: Rakyat Puji Seri Paduka Baginda Agong Menyantuni Keluarga Mangsa Kemalangan Maut Tepi Jalan​

BACA: Sambil Perut Diusap, Elizad Dapat Doa Zuriat Daripada Raja Permaisuri Agong – “Terharu…”​