Sepasang badak air diberi nama Jiwang dan Juwita yang ditempatkan di Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh Perak akan disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan.

Pasangan badak air tersebut akan diraikan dalam sebuah majlis bertemakan glamor, dongeng dan ala Melayu tradisional.

Menerusi laman sosial Facebook Viral Perak, foto terkini Jiwang dan Juwita dikongsi untuk tatapan umum.

Sementara itu di ruangan komen, majlks perkahwinan dua ekor badak air itu mendapat perhatian wargamaya.

Rata-rata mereka terhibur dan memberikan ucapan tahniah kepada kedua-dua haiwan tersebut.

Wahhhh tahniahlahhhh kalian berdua. Tak perlu merentas negeri, merentas air ke air je. Terbayang Jiwang bersamping Juwita pakai veil. Anak sok nama Jutaria ya,” komen seorang wargamaya.

Yang penting patuh SOP dan pakai pelitup muka semasa majlis,” tulis seorang wargamaya.

Muka sama, jodoh kuat ni. Semoga kekal ke anak beranak,” ucap seorang wargamaya.

Kami saudara mara belah makcik ipar sepupu kat Zoo Negara ingin mengucapkan selamat pengantin baru,” usik seorang wargamaya.

Maaflah saya tak dapat hadir. Majlisnya hari bekerja. jadi saya tak dapat ambil cuti. Semoga majlisnya berjalan lancar dan hubungan Jiwang dan Juwita berkekalan hingga ke anak cucu,” sokong seorang wargamaya lagi.