gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Reda Dikecam Gara-Gara Berubah Jadi ‘Wanita’, Saiful Malaysian Idol Rindu Nak ‘Comeback’ - “Masyarakat Tak Suka Tapi Saya…”
HIBURAN
Hubungan Macam Adik-Beradik, 4U2C Tak Pernah Bergaduh & Bermasam Muka - “Bukan Masalah Kami Sewaktu Berpecah…”
HIBURAN
Dituduh Pakai Tasbih Digital Terbalik, Ini Jawapan Ruhainies - “Mungkin Dalam Gambar Atau Video Nampak Macam…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Perkahwinan Mewah Anak Bos Air Asia, Jemput Brian Westlife Nyanyi & Beri Tetamu Hermes

Maliah Surip
Maliah Surip
21/11/2023
13:41 MYT
Sponsor Banner
Perkahwinan Mewah Anak Bos Air Asia, Jemput Brian Westlife Nyanyi & Beri Tetamu Hermes
Pasangan pengantin yang digelar Crazy Rich Surabaya, Ryan Harris dan Gwen Ashley sedang menjadi perhatian pengguna media sosial selepas majlis perkahwinan mereka tular.
Majlis pasangan yang berkahwin di Grand Ballroom The Westin Hotel Surabaya, Jawa Timur itu tular bukan hanya sebab didakwa telah menghabiskan jutaan ringgit tetapi cara mereka meraikan tetamu yang hadir turut menjadi bualan hangat.
Menerusi foto dan video yang beredar di aplikasi TikTok dan sebagainya, pasangan tersebut telah menjemput tiga penyanyi antarabangsa iaitu Brian McFadden bekas anggota boyband Westlife, Keith Duffy dari Boyzone dan Nicole Scherzinger sebagai penghibur.
Tidak cukup menerbangkan penyanyi luar negara, majlis itu malah dikendalikan oleh Raffi Ahmad dengan ramai artis Indonesia termasuk Raisa, Via Vallen dan Afgan juga hadir.
Paling epik, tetamu mendakwa pasangan tersebut melarang mereka yang hadir membawa hadiah atau wang sebagai tanda selamat buat perkahwinan mereka. Pesanan tersebut disertakan dalam kad jemputan yang diberi sebelum majlis.
Sebaliknya, pengantin memberi hadiah buat 2,000 tetamu iaitu piring dari jenama mewah terkenal dunia, Hermes!
Kemewahan majlis pasangan itu membuat banyak yang mencari tahu siapa Ryan dan Gwen.
Media tempatan melaporkan Ryan merupakan anak tunggal kepada bos penerbangan Air Asia Indonesia, Ryan Harris merupakan anak dari bekas bos Air Asia Indonesia, Pin Harris.
Ryan juga merupakan seorang usahawan garam yang cukup besar di Surabaya, salah satu pemilik PT UnichemCandi Indonesia.
Sementara Gwen yang baru berusia 19 tahun merupakan anak seorang usahawan hartanah terkenal dari Surabaya.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Viral
#Indonesia
#Air Asia
#Hermes
#Westlife
#Brian
#Crazy Rich Surabaya
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement