Hollywood
"When I Was Young, I Never Felt Beautiful" - Solekan Pencetus Semangat Lady Gaga
Penyanyi popular Hollywood, Lady Gaga mengatakan solekan telah menjadi pencetus semangatnya untuk membina kejayaan di usia muda.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Gaga, dia tidak pernah merasakan dirinya cantik di usia muda dan telah menemukan kekuatan untuk membina penjenamaan 'Lady Gaga' selepas bereksperimen dengan solekan.
Penyanyi yang mula popular dengan lagu Just Dance ini menulis kapsyen berbunyi :
"When I was young, I never felt beautiful. And as I struggled to find a sense of both inner and outer beauty, I discovered the power of makeup.
"Saya masih ingat, saya selalu lihat ibu bersolek setiap pagi, keberanian wajahnya terserlah di sebalik solekan itu. Kemudian, saya bereksperimen dengan solekan, ia merupakan satu cara saya mengejar impian dan ingin menjadi seorang wanita yang kuat seperti ibu saya.
"Tidak lama kemudian, terciptalah nama Lady Gaga, apabila melihat cermin, saya temui kekuatan dan hala tuju diri saya,"
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat Gaga meninggalkan respon positif dan memberi sokongan kepadanya.
Seperti diketahui umum, Gaga sentiasa tampil dengan solekan cantik dan gaya fesyen unik sejak awal kemunculannya di industri hiburan Hollywood.
Pemilik nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta ini mula bergiat sebagai penyanyi pada tahun 2001 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini.
Antara lagu hit Gaga yang sentiasa diminati peminat adalah Poker Face, Marry The Night, The Edge of Glory dan banyak lagi.
Must-Watch Video