gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Perjumpaan G*y: "Tiada Penglibatan NGO, Klinik Kesihatan Atau KKM" – Ketua Polis Kelantan
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Finale Screening Honey Trap
HIBURAN
Ade Govinda Puji Siti Nurhaliza, Senang & Cepat Kerja - "Beliau Pasti Bawa Banyak Makanan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Wife Punya Muka Bukan Biasa-Biasa" - Prince Syed Berhabis Puluhan Ribu, Beli Alat Solek Premium Buat Isteri

Amri Hassan
Amri Hassan
22/07/2025
09:26 MYT
Sponsor Banner
"Wife Punya Muka Bukan Biasa-Biasa" - Prince Syed Berhabis Puluhan Ribu, Beli Alat Solek Premium Buat Isteri
"Wife punya muka bukan biasa biasa," demikian ungkapan jujur pempengaruh dan usahawan popular Prince Syed mengulas tentang koleksi mekap mewah milik isterinya yang mencecah nilai puluhan ribu ringgit.
Menerusi perkongsian di media sosial, Prince Syed menjelaskan dirinya lebih selesa berbelanja untuk produk kecantikan berjenama premium demi memastikan isterinya sentiasa tampil yakin dan menawan.
"Wajah isteri bukan calang calang jadi abam memang tak biasa beli produk mekap yang murah murah. Barang mekap semua abam pilih yang berkualiti tinggi dan berjenama premium sebab itu hasil solekan pun nampak lebih cantik dan berbeza," jelasnya.
Prince Syed turut berkongsi bahawa hanya mereka yang pernah merasai pengalaman menggunakan produk mekap bertaraf tinggi akan faham perbezaan hasilnya.
"Yang pernah pakai mesti tahu rasa dan hasil mekap mahal memang wow habis," tambahnya.
Katanya lagi, himpunan produk mekap milik isterinya yang disimpan rapi dalam sebuah peti khas kini mencecah nilai lebih RM20,000. Malah, koleksi gincu sahaja sudah lebih daripada 40 batang, terdiri daripada pelbagai jenama mewah.

"Kalau korang selalu tengok abam kongsi dalam live atau video peti mekap wife barang dalam tu saja dah cecah lebih RM20,000. Gincu saja ada lebih empat puluh jenis daripada pelbagai jenama mewah macam Chanel, Fenty Beauty, Dior, Hermes, Anastasia, Gucci, Burberry, YSL dan banyak lagi," katanya.

Menurut Prince Syed, minatnya membelikan produk mekap mahal bukan untuk menunjuk atau memuaskan pandangan orang luar tetapi sebagai penghargaan terhadap isteri yang sentiasa menjaga penampilan.
"Abam memang suka habiskan duit untuk pastikan isteri sentiasa tampil cantik dan yakin bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri dan untuk abam juga," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Isteri
#Mahal
#Alat solek
#Premium
#Prince Syed
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement