“World Class Model, Terpelanting Semua” - Melaram Cucuk Vaksin, Gaya Glamour Che Ta Buat Ramai Tak Senang Duduk!
Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta mencuri tumpuan apabila ‘melaram’ dengan busana glamour ketika mengambil suntikan vaksin Covid-19, semalam.
Menerusi perkongsian beberapa video di Instagramnyam Che Ta kelihatan cukup bergaya dengan pemakaian kaftan berwarna metalik.
Malah, gabungan tas tangan serta kasut yang digayakan Che Ta menjadikan penampilan pelakon ini cukup bergaya mewah.
“Masa sekarang ni, nak simpan baju lawa lawa takut qeput (reput).
“Tak kisahlah duduk rumah ka, pergi vaksin ka, melaram ja lah. Takut nanti tua dekat umah ja.
“Harini kami pergi vaksin so ‘Outfit Of The Day’ (OOTD) dulu sat, yang penting wajib letups,” katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya memuji penampilan Che Ta yang cukup berani terutama ketika menjalani proses suntikan vaksin.
Kebanyakan mereka menganggap biarpun nampak mewah, namun ia masih menutup aurat dan sopan.
Malah, rakan artis juga banyak ‘membanjiri’ ruang komen dengan memuji penampilan Che Ta.
“Amik vaccine macam nak pi amik trofi”
"Pergi vaksin pun letop Che Ta”
“Makan hati tengok baju cucuk vaksin”
“World class model, terpelanting semua,” tulis beberapa rakan artis.
Terdahulu,Che Ta mendapat perhatian ramai ketika mendapatkan suntikan dos pertama vaksin apabila tampil bergaya dengan beg tangan mewah jenama Hermes Birkin yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000.