Laman Utama

Wow! Trailer Filem Backstage Cecah Hampir 3 Juta Tontonan Di TikTok Dalam Masa Tiga Hari!

Asraf Aided
11/10/2021
08:10 MYT
Trailer rasmi filem Backstage mencetus fenomena apabila menjadi viral di TikTok sejak dimuat naik tiga hari lalu.
Trailer filem berkenaan ditonton sebanyak 2.8 juta selain mendapat tanda suka lebih daripada 370,000 oleh pengguna TikTok.
Pada masa sama, komen pula telah mencecah sebanyak lebih 9,600 setakat artikel ini ditulis.
Daripada trailer yang tular itu, semestinya filem Backstage sedang menjadi perbualan ramai di Indonesia, mahupun peminat yang menantikan filem itu di Malaysia.
Berdasarkan tinjauan Gempak memerhatikan respon warganet juga, trailer Backstage berjaya menggambarkan filem itu akan menyentuh emosi para penontonnya.
Sambutan hangat di platform media sosial seperti TikTok juga semestinya membuktikan filem ini menepati standard dan kehendak pasaran filem di Indonesia.
Backstage dibintangi Sissy Priscillia, Vanesha Prescilla, Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman dan Roy Rungkono.
Filem Backstage diproduksikan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment hasil kolaborasi dengan Astro Shaw & Nusantara, Endeavor Content dan perusahaan teknologi informasi, digital dan telekomunikasi NFC Indonesia, akhirnya sedia untuk menemui penonton di Indonesia bermula 30 Disember ini.
Ia bakal menjengah pawagam setelah tertunda lebih setahun disebabkan pandemik COVID-19.
Sama-sama kita nantikan kemunculan Backstage di Malaysia pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Korang dah mengundi untuk AME2021? Jom klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.