Gaya Hidup
"Ya Allah, Betapa Diriku Menyayangi Bidadariku Ini" - Itulah Ustaz Ebit Lew, Isteri & Keluarga Tidak Pernah Dilupa
Biarpun sibuk menghulurkan bantuan kepada orang lain yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew tidak pernah lupa kepada keluarganya sendiri.
Berkongsi kisah bersama isteri dan anak-anak, Ustaz Ebit Lew mendidik kita bahawa walaupun sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, mereka yang di rumah jangan sesekali dilupakan, malah perlu diambil berat.
"Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah. Bidadariku, kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah. Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum jer.
"I love you bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa, bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini," luah Ustaz Ebit Lew di Instagram miliknya.
Tambah Ustaz Ebit, sejak daripada dulu doa seorang wanita di rumah begitu mudah dimakbulkan Allah.
"Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib. Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku.
"Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri," pesan Ustaz Ebit.
Tambah Ustaz Ebit lagi, senyuman dan doa isterinya yang menjadi kekuatan untuk dia terus berjuang demi agama.
Pesan Ustaz Ebit lagi supaya jangan sesekali melupakan isteri dan ibu kerana merekalah yang menjadikan doa-doa diterima Allah SWT.
Must-Watch Video