Berita

“Ya Allah, Demam Pun Still Cantik”- Anak Che Ta Jatuh Sakit, Ramai Doakan Aaisyah Dhia Rana

Syafiqah Jalal
18/10/2019
12:30 MYT
Sekeping foto yang menunjukkan keadaan anak kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana terbaring sakit telah mendapat perhatian warganet.
Foto tersebut dimuat naik di akaun Instagram Aaisyah, 5.
Menerusi kapsyen yang ditulis, difahamkan anak bongsu Che Ta itu demam.
“Syian…budak kecil ni demam nak besar,” tulis kapsyen tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian warganet yang perihatin dengan keadaan Aisyah yang sebelum ini seorang kanak-kanak yang ceria.
Malah ramai yang bersimpati melihat Aaisyah serta mendoakan agar dia segera sembuh.
“Comelnya walaupun demam. Get well soon.
“Alahai kesiannya Ecah.
“Ya Allah demam-demam pun still cantik. Moga cepat sembuh Ecah,” tulis antara netizen yang menurukan komen.
Aaisyah merupakan anak Che Ta hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.
Che Ta mempunyai dua orang anak sebelum itu bdari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video